9 September 2016

Penilaian PAJSK Kelab Kerjaya

Penilaian PAJSK ialah penilaian yang dijalankan di dewan sekolah untuk semua murid diberi penilaian mengikut format PAJSK dan mereka juga perlu diberi markah berdasarkan kehadiran dan komitmen mereka di sekolah dalam aktiviti kokurikulum.

Yang menyertai Kelab Kerjaya bagi semua tingkatan 5 mencapai gred B hanya 2 orang sahaja gred C manakala semua murid ting 4 mendapat gred B. Oh ye memang susah nak dapat gred A apabila pertandingan di peringkat Zon dari 7 pertandingan dengan 31 peserta pertandingan menjadi 4 pertandingan dengan 9 peserta sahaja , malahan di peringkat JPWPKL juga sudah tidak menganjurkan Karnival Kaunseling Kerjaya Peringkat JPN malahan kebangsaan. Tidak seperti di era tahun 2001 hingga 2012 di mana hampir 30 peratus murid ahli Kelab Kerjaya mendapat gred A untuk kelab dan bakinya mendapat gred B. Begitu juga dengan pengiktirafan kami pasukan guru kaunseling sering mendapat top 3 kelab terbaik sewaktu Hari Kokurikulum Sekolah. 

Mungkin hikmah yang terbaik untuk pasukan kaunselor sekolah kami ialah fokus kepada inovasi dan amalan terbaik perkhidmatan kaunseling untuk pasukan kaunselor sendiri pula yang masuk bertanding :)

Selamat bercuti panjang
Warga Cherasian..






 

Telegram Channel