1 September 2016

Temuduga AJK Tertinggi Pengawas 2016

Hari ini saya all out dgn pengawas. Bermula dengan penyusunan hadiah selaku Ketua AJK Hadiah Dan Cenderamata Majlis Penghargaan Dan Perlantikan Pengawas dan disusuli dengan menjalankan inventori personaliti Sidek untuk mengenalpasti trait personaliti calon AJK Tertinggi dan menjalankan temuduga bersama mereka di bilik kaunseling. Kebetulan keempat empat calon AJK Tertinggi merupakan ahli PRS saya.  Kemudian disusuli dengan temuduga bersama pentadbir sekolah di bilik mesyuarat. Kayu pengukur diambil ialah daya kepimpinan, ketahanan menghadapi stres dan murid berketrampilan dalam semua aspek. Pada sebelah tengah hari majlis raptai dijalankan hampir dua jam. Maklumlah pertama kali dengan format majlis penghargaan dan perlantikan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan koperasi maka byk perkara yg peelu ditimbang semula.







Jangan berasa bangga 
Apabila orang memandang kita baik
Kerana yang sesungguhnya 
Allah sedang menutup aib kita
Daripada dipandang orang
 

Telegram Channel