26 October 2016

Anugerah Emas Kategori Sistem Maklumat Pertandingan Psikologi Kaunseling Peringkat Kebangsaan



                                           

Mendapat surat jemputan dari BPSK selaku penerima anugerah untuk pertandingan inovasi psikologi kaunseling kategori sistem maklumat yg telah dipertandingkan pada bulan September lepas menyebabkan kami merasa seronok kerana layak mendapat anugerah. Maka pada hari ini buat kali keduanya kami mengulang sejarah memperolehi piala pusingan bagi kategori sistem maklumat. Yang menariknya untuk tahun ini diperkenalkan  anugerah emas , perak dan gangsa. Sangat bagus daripada menggelarkan pemenang johan, kedua atau ketiga atau sagu hati. Ini kerana jika tempat kedua atau ketiga juga adalah bagus dan layak menerima anugerah emas, maka disebut pemenang anugerah emas krn ketinggian kualiti inovasi berbanding menyebut tempat kedua atau ketiga padahal kualiti adalah setara. Tahniah kpd Bahagian Psikologi Kaunseling yg membuat pembaharuan kpd sistem penyampaian anugerah. Satu lagi ialah pingat yg diberikan kpd setiap ahli kumpulan beserta sijil dan piala pusingan untuk sekolah. Wah yg ni pun bagus. Sekurang kurangnya setiap org memperolehi token untuk dikenang :)

Majlis penyampaian hadiah oleh Menteri Pendidikan sendiri di AADK, Bangi di Selangor sempena Seminar Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2016 yg menyebabkan kami tidak dapat menggunakan kamera kami sendiri dan menggunakan jurufoto profesional yg mana entah bila la boleh dapat di tangan saya. Tamat sahaja majlis, apalagi bergambar sakan sehingga orang dah nak tutup dewan utama. Hahaha memori terindah untuk dirakam so redha jela ye pembaca blog saya ni melihat kegedikan kami bergambar. 

Tentunya yg paling excited ialah pembina sistem ini sendiri iaitu Padali. Kami hanya run the sistem sebab air tangan Padali masih lagi unggul dalam kategori sistem maklumat dan mendapat pengiktirafan pelbagai pihak.
Keputusan penuh untuk setiap kategori akan saya share nanti sbb saya tidak mencatat tadi hihi dan saya akan share sinopsis dan ambil gambar projek inovasi penerima anugerah di booth mereka masing masing esok.

Terima kasih kepada semua pihak yang semtiasa memberikan sokongan kepada kami dari pengetua kepada guru -guru SMK Cheras, murid dan tidak lupa Ketua Sektor Psikologi Kaunseling JPWPKL iaitu Cik Rosnah Abdullah yang menggalakkan kami menghantar penyertaan.

Alhamdulillah
Riang ria Oktober bulan menuai hasil :)




Bersama Ketua Sektor Psikologi Kaunseling JPWPKL dan Kaunselor Organisasi Daerah
Bersama ex student saya










 

Telegram Channel