Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

8 October 2016

Hi Tea Warga Ceria Sehati Sejiwa





Hari ini merupakan Hari Sukan atau Hari Kecergasan yang disambut serentak satu Malaysia. Pada pagi hari diadakan senam robik dan acara permainan manakala pada sebelah tengah hari kami ke Retro Cafe di Viva untuk hi tea sekolah. Tema pun baju sukan atau santai maka memang bersantailah penampilan saya pun. 

Geng guru kaunseling tahun ini bertindak selaku AJK Tajaan yang mencari beg doorgift dan barang -barangdoorgift. Terima kasih kepada penaja seperti UniKL, UCSI, INTI Kolej, Koperasi Sekolah, pembekal makanan kantin, kontraktor sekolah yang memberikan tajaan kepada AJK Tajaan.

Program bermula dengan cabutan bertuah ...yang mana tahun ini memang banyak hadiah yang disampaikan dan hampir majoriti yang mendapat hadiah cabutan bertuah. Terima kasih kepada AJK Hadiah yang  bertungkus lumus mencari hadiah untuk memeriahkan majlis. AJK Pengacaraan menjalankan 3 aktiviti permainan yang mendapat sambutan dari peserta. 

Majlis hari ini kami selitkan slot majlis perpisahan Mazlan secara rasmi dan penyampaian hadiah dari panitia yang ingin memberikan hadiah penghargaan. Dan majlis penghargaan untuk guru -guru yang bertugas tanpa mengambil cuti iaitu umpama sijil kehadiran penuh guru dari tahun 2013 hingga tahun 2015. So dapatlah juga hadiah untuk kedatangan penuh saya ke sekolah pada tahun 2014 dan 2015 :)

Oh ye ada satu acara pakaian terbaik perempuan yang tentunya jatuh pada Cikgu Jamaliahazmirakarimah yang merupakan guru Rekaan Jahitan Pakaian dan guru Seni yang berpenampilan menarik dan untuk lelaki jatuh kepada En Rahimi. 

Dan satu lagi acara yang masih belum ditentukan pemenangnya ialah gambar wefie yang mana satu terbaik? Saya upload di sini dan anda boleh buat penilaian...hahahah dan jangan lupa komen ye yang mana satu pujaan hati anda gambar wefie sebelum 10 Oktober 2016. Tapi suka suka sahajalah takda hadiah pun untuk yang mencadangkan :)

hari yang penat dari pagi...dan berakhir ke petang yang penat makan, maka tema Sehati Sejiwa diharapkan dapat mengeratkan ukhwah sesama rakan sekerja di SMK Cheras.


#sehatisejiwa
#ubksmkcheraskl
























Majlis Perpisahan Mazlan








Sijil Anugerah Kehadiran Terbaik Dari 2013 hingga 2015











Pertandingan wefie
Wefie..

Wefie...

Wefie...

Wefie...

Wefie...
















Huyooo...Masrizal dapat printer


No comments: