21 October 2016

Quote of the day: Life begins at 40

Happy birthday to me:)
Oh yeah life begin at 40. Now i know what its feel when you approach to 40.
Seawal pukul 4 pagi menerima mesej selamat hari jadi thru whatsapp dari peminat fanatik saya sejak dia berada di tingkatan 2 lagi pada tahun 2001. Dan kini walau jauh beribu batu bertugas di Jeddah..dia masih lagi setia menjadi peminat no 1 ... Thanks Soleha..cikgu tau awak juga follower blog cikgu krn kamu org pertama yg mengira detik countdown cikgu publish ke public blog cikgu setelah 2 tahun dalam setting private.
Org kedua dalam kalangan bukan keluarga yg wish ialah Cikgu Farah Hanum sebab memang dia akan ingat birthday saya setiap tahun krn birthday dia esok je hahaha. Dia wish dalam group je terus viral semua group lain dalam sekolah huhuhu. So hari ni senyum sahajalah dari pagi sampai skrg melayan wish yg dtg bertalu talu.
Sehingga saya menulis entri ini, saya dalam mood kekenyangan krn dari pagi dibelanja makan. Breakfast dibayar oleh kak Ani Jamaluddin. Terima kasih kak:)
Pukul 11 pagi mendapat panggilan telefon dari staf ofis menjemput semua kaunselor turun krn boss nak jumpa. Rupa rupanya pakej 2 dalam 1..meraikan kejayaan kami unit kaunseling di peringkat kebangsaan dan menyambut hari jadi saya juga. Terima kasih boss. Dengan pot luck yg sedap maka sekali lagi saya kekenyangan. Alhamdulillah.
Pukul 12 tengah hari pula..Kak Raudzah partner sesi petang saya dtg tersengih sengih dan entah apa sok sek sok sek dgn Cikgu Rozinani. Bila saya jln jln ke pejabat ketua bidang untuk update tugasan spsk tetiba budak PRS datang minta saya naik ke UBK segera. Elehhh..macamla tak tau mesti Rozi dan Raudzah buat sesuatu huhu mmg betul tgk kat meja makan dah penuh mkn ada spagetti meatball air tangan Rozi, dan kak Raudzah pula bawa meatball cheese bakar. Dan bila nampak Fiqah..saya tau ni mesti nak celeb birthday saya. oh ye Padali buat live kat fb pasal ni dan aloo pot pet pot pet saya membebel waaaa..tak suka tak suka live. Mendapat adik tiri huhu panggilan manja untuk Padali yg kuat menyakat..terpaksalah kakak kakak ni redha je :(
Alhamdulillah semoga dikurniakan kesihatan terbaik untuk ligat menjalankan aktiviti dan urusan dunia dan urusan bekalan akhirat. Semoga kehidupan memudahkan orang lain dan tidak membebankan sesiapa.

Be in love with your life
Every minute of it

















 

Telegram Channel