Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

19 October 2016

Team Building JK Guru Kaunseling Zon Pudu




Hari ini kami geng guru kaunseling Zon Pudu  ke Hutan Lipur Kanching, Rawang Selangor. Aktiviti utama menjalankan team building untuk menjelekitkan lagi hubungan antara guru kaunseling Zon Pudu. Apabila ada kejelekitan, maka mudahlah untuk menjalankan aktiviti dalam zon kami. Tahniah kepada subzon yg diketuai oleh Nabira dari SMK Cochrane yang berjaya merancang program ini sehingga berjaya. 
Pelbagai aktiviti dikendalikan oleh En Khairul Wirajaya huhu panggilan yang biasa kami gelar sesama kita untuk memanggil En Khairul ini. Tetapi kini En Khairul dah membina empayar yang semakin besar dengan nama Mind Training Motivation  . Terima kasih kerana menaja program kami hari ini. 

Aktiviti membina kumpulan, membuat logo kumpulan dan sorakan kumpulan adalah biasa tetapi the hidden mesej yang luar biasa. Aktiviti membina kepercayaan kumpulan, kerjasama kumpulan, toleransi dalam kumpulan diterjemahkan dalam aktiviti team building.

Memang seronok dapat menjalankan aktiviti teambuilding setahun sekali. Ini kerana dengan aktiviti ini maka ia lebih santai dalam membentuk pasukan yang bekerjasama dan bergurau senda dalam aktiviti yang santai tetapi sarat dengan pelbagai nilai hidup dan prinsip yang diamalkan sewaktu bertugas. Oleh kerana tahun lepas ramai guru kaunseling yang posting ke Zon Pudu dan muka muka baru maka sudah tentu program ini sangat diharapkan agar dapat berkenalan dengan guru -guru ini. Kami menubuhkan jawatankuasa kebajikan yang mana meraikan ahli yang mendapat anak pertama sewaktu perkhidmatan di Zon Pudu, ahli yang berkahwin, ahli yang berpindah keluar dari Zon Pudu dan selain dari itu kami sering mengutip sumbangan kewangan jika ada ahli yang sakit, keluarga terdekat ahli guru kaunseling yang meninggal dunia atau sakit. Walaupun sumbangan kecil dan tidak seberapa, tetapi yang penting ingatan dan keprihatinan yang ditunjukkan memberikan sokongan emosi kepada ahli Zon Pudu. Selain dari itu, apabila saling mengenali dan menjalankan aktiviti bersama, maka sudah tentu step kedua ialah perkongsian amalan terbaik atau pengurusan kaunseling di sekolah masing - masing atau bertukar pendapat mengenai perkhidmatan kaunseling di sekolah masing - masing sama ada untuk menceritakan masalah atau program yang dijalankan.

Yeah adakalanya guru kaunseling juga need a break. Dalam bulan Oktober yang segala-segalanya dateline dan macam -macam aktiviti pula yang menuntut perahan otak yang kretif dan kritis untuk menjayakan program, aktiviti team building ini mengurangkan sedikit serabut tu huhuhuhu iyelah nampak je guru kaunseling ini macam lipas kudung ke sana kemari tapi maintain emosi dan fizikal yang fit tu memerlukan daya gaya tindak menangani stress yang tinggi juga ;)

Buat semua guru kaunseling Zon Pudu, semoga ukhwah kita semakin erat.


Burden vs oppurtunity
Reject vs Grab
When you politely declined the offer
And the result maintain
' yes you have to'.....


































No comments: