Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

15 October 2016

TEMPAHAN SISTEM KAUNSELING DI BUKA BAGI TAHUN 2017


TEMPAHAN SISTEM KAUNSELING DI BUKA BAGI TAHUN 2017

Bermula pada bulan Oktober 2016 hingga 31 Disember 2016
Menarik bagi TEMPAHAN 2017 adalah; terdapat 2 Sistem Kaunseling Sekolah yang baru dibina dan mendapat pengiktirafan daripada Peringkat Kebangsaan apabila kedua- dua sistem ini dianugerahkan JOHAN bagi Pertandingan Amalan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 dalam Simposium Pengurusan HEM Peringkat Kebangsaan 2016.

Kredit untuk partner saya guru kaunseling sekolah Cikgu Padali yang membangunkan sistem ini yang akan menggunakan kepakarannya untuk membantu sekolah -sekolah lain pula dengan upah yang minimum untuk membina sistem ini bagi pihak sekolah lain pula

Antara tawaran bagi tempahan sistem kaunseling bagi tahun 2017 adalah;
1. SISTEM D'eKS (DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH)
2. SISTEM e-KLIEN
3. APLIKASI e-PSIKOMETRIK & E-MINDA SIHAT
(Penerangan setiap sistem dan pakej pilihan sila dilihat dibawah)

PEMOHONAN SISTEM BOLEH DIBUAT SECARA ONLINE DGN KLIK LINK DI BAWAH
Atau whats app admin Cikgu Padali 013 -2278916


PENERANGAN 3 SISTEM ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. SISTEM D'eKS (DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH)
Fungsi utama sistem ini adalah untuk Kerja Pengurusan Kaunseling secara atas talian dan database (pengkalan data). Antara aplikasi sistem yang ada dalam sistem ini adalah seperti berikut;

Aplikasi Sistem e-Kaunseling yang berfungsi untuk mengurus segala  maklumat pelaporan sesi kaunseling, bimbingan, program dan konsultasi. Ia juga menganalisis data secara automatik dalam bentuk pelaporan L4 semasa dan dalam bentuk graf yang interaktif.

Aplikasi Sistem e-Pelaporan yang berfungsi sebagai penyediaan borang pelaporan secara online mengikut format pelaporan yang dikeluarkan oleh KPM. Ia juga boleh menyimpan data secara kekal didalam sistem walaupun pelaporan tersebut telah dihantar.
Aplikasi Sistem e-Pengurusan yang berfungsi sebagai stor penyimpanan bahan, fail, foto dan apa-apa bahan softcopy. Ia berkonsepkan penyimpanan secara atas talian dan boleh dicapai dimana-mana sahaja (Konsep Cloud).

Aplikasi Sistem Cetakan pelaporan dan Pengkalan Data Pelaporan sesi. Ia berfungsi sebagai pengkalan data yang menyimpan semua pelaporan sesi dan di susun mengikut Abjad Nama Klien, Tarikh Sesi atau Program. Ini memudahkan carian fail atau pelaporan sesi apabila perlu untuk rujukan semula.


2. SISTEM e-KLIEN
Fungsi utama sistem ini adalah bertindak sebagai medium komunikasi antara kaunselor dengan klien (murid, guru dan ibu bapa). Selain itu, ia juga bertindak sebagai penyampai maklumat secara berpusat kepada klien yang disasarkan. Antara Aplikasi sistem yang ada dalam sistem e-Klien adalah seperti berikut;

Aplikasi e-Sharing yang berfungsi sebagai medium perkongsian permasalahan dengan kaunselor secara online dan dihantar secara terus kepada kaunselor pilihan klien ke telefon pintar kaunselor tersebut.
Aplikasi e-Temujanji Kaunselor yang mana ia berfungsi sebagai borang temujanji secara online dan dihantar kepada kaunselor pilihan melalui telefon pintar kaunselor tersebut.

Aplikasi e-Intervensi yang menyediakan himpunan borang Inventori Psikologi. Penyediaan borang tersebut secara online dan klien boleh menjawab secara online dan terus mendapat skor. Ia menggalakkan klien membuat penerokaan kendiri secara self service.

Aplikasi e-Rujukan Kaunseling yang berfungsi sebagai borang rujukan murid oleh guru secara online dan dihantar terus ke telefon konselor yang bertugas.

Aplikasi e-Cadangan yang membolehkan ibubapa memberi cadangan atau sumbangan kepakaran kepada pihak sekolah melalui PIBK sekolah.

Aplikasi e-Pelawat dan Daftar Klien yang berfungsi sebagai Buku Pelawat dan Buku Daftar Klien secara online. Senarai nama akan disimpan dan dipamer di paparan skrin komputer serta akan dianalisis dalam bentuk graf tentang statistik kehadiran pelawat dan klien ke bilik kaunseling.

3. APLIKASI SISTEM e-PSIKOMETRIK & e-MINDA SIHAT

Aplikasi sistem ini adalah berfungsi sebagai pelaksanaan Ujian Psikometrik dan Ujian Saringan Minda Sihat secara online kepada Murid Tingkatan 1, 3, 4 dan 5.
Antara Ujian Psikometrik dan Minda Sihat yang tersedia adalah seperti berikut;
a.  IMK2 (untuk murid tingkatan 1 dan 3),
b.  ITP tingkatan 1, ITP tingkatan 4,
c.  IKP2 (untuk tingkatan 3)
d.  IKK (untuk murid tingkatan 5).
e.  Ujian DASS & Gaya Tindak

Dengan penggunaan aplikasi ini, ia dapat memudahkan kerja, menjimatkan masa dan tenaga guru kaunseling sebanyak 90%. Ini kerana ia dijalankan secara online di makmal komputer tanpa mereso kertas dan menganalisis skor. aplikasi ini dapat menganalisis skor secara automatik, serta menghasilkan skor murid dalam bentuk sijil pelaporan individu dan mengikut kelas.

Antara kelebihannya;
1) Menjimatkan masa dan tenaga kaunselor. (Tiada lagi reso dan mengedar kertas, tiada lagi mentadbir skor, tiada lagi analisis skor, tiada lagi menyemak skor, tiada agi key in jawapan secara offline, tiada lagi analisis kertas secara individu, kerana mengikut kelas dan tingkatan... SEBAB SEMUANYA SISTEM TERSEBUT JALANKAN SECARA AUTOMATIK.

2) Menjimatkan kertas (paper less, jawab secara online dalam makmal komputer ikut kelas)Penyimpanan data/skor secara database (tak perlu print, bila perlu sahaja print).
BILA MURID SELESAI MENJAWAB UJIAN PSIKOMETRIK DAN MINDA SIHAT DAN KLIK SUBMIT, IBARAT KERJA KAUNSELOR DAH SIAP 90%
Cepat dapat memberi bantuan atau intervensi bagi murid sasaran.

As a parent's prayers for
Her children are unending
My meaningful weekend
Thanks mak abah for coming :)


No comments: