10 November 2016

Aktiviti Perkhemahan Kokurikulum : Program Selepas PT3


Hari ini aktiviti perkhemahan kokurikulum menggunakan bajet kokurikulum. Menggunakan tenaga fasilitator KGKKL yang dikendalikan oleh Puan Zizawani yang mana majoritinya ialah murid PRS yang terbiasa mengendalikan stesen untuk aktiviti team building. PRS Tingkatan 4 yang boleh diharap untuk mengendalikan program. 

Pada hari ini, murid ting 3 yang datang dibahagikan kepada 8 stesen iaitu 
stesen 1- mendirikan khemah
stesen 2 - kuiz
stesen 3 - mengalirkan air menggunakan surat khabar
stesen 4 - bowling kertas dan mencari barang yang tersembunyi
stesen 5 - 
stesen 6 - charade
stesen 7 - jalan dalam surat khabar
stesen 8 - kapal terbang

Setiap kumpulan pula mempunyai fasilitator masing - masing yang akan mengekori mereka ke sana ke mari sehingga tamat aktiviti. Di setiap stesen pula terdapat 2 penjaga stesen yang akan mengarahkan tugasan yang perlu dibuat.

Setelah selesai acara ini..murid menerima makanan percuma berupa juadah nasi lemak dan air. Setelah rehat barulah slot yang berikutnya iaitu pertolongan cemas di mana murid mempelajari balutan dan pertolongan cemas. Ahli PBSM memberikan tugasan dan setiap kumpulan perlu membuat balutan yang betul untuk kes yang dibentangkan oleh ahli PBSM.

Program sebegini memang menarik minat murid untuk ke sekolah kerana berupa pertandingan dan outdoor. Terima kasih kepada Puan Zizawani and team. 

Being busy and being productive
Are two different things :0

Mencari maklumt
Penutup stesen team building kokurikulum







Pertolongan cemas
Barisan fasilitator
 

Telegram Channel