7 November 2016

Jemputan Ke Majlis Apresiasi Persatuan Perkhidmatan Kaunseling Pelajaran 2016







Hari ini mesyuarat KLCA mengenai Majlis Apresiasi Persatuan Perkhidmatan Kaunseling Pelajaran KLCA tahun 2016 . Sebagai Naib Pengerusi 2 KLCA saya berada dalam lembaga ini untuk dua tahun dan ini adalah projek mega pertama yang diilhamkan oleh Presiden KLCA Cik Hajah Rosnah Bt Abdullah yang juga Ketua Sektor Psikologi Kaunseling JPWPKL. 

Saya bertugas selaku AJK Jemputan bersama Padali dan Puan Nur Huda dimana kad yang cantik ini didesign oleh Padali manakala kerja saya menjemput sejumlah alumni guru kaunseling tertentu yang telah berpindah ke luar dari WPKL membahagikan kerja dengan geng AJK Jemputan yang lain. 

Tentatif ini dirangka sebagai menghargai guru kaunseling yang telah mengharumkan nama WPKL di peringkat kebangsaan dan juga penghargaan yang diterima oleh Sektor Psikologi Kaunseling di Hari Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2016. 

Semoga dipermudahkan urusan projek mega pertama kami ini dan walau ada sahaja rintangan dan cabaran, diharapkan projek ini akan jadi dan menjadi juga. Terima kasih UniKL Jalan Gurney yang sudi menaja kami dan menjadi tempat berlangsungnya Majlis Apresiasi ini.

Happy Birthday Puan Kamariah
A suprise bouquet of flower from Kelab Guru :)









 

Telegram Channel