Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

15 November 2016

Kertas Kerja Outreach Program Minda Sihat


KERTAS KERJA
OUTREACH PROGRAM MINDA SIHAT

1.0               PENGENALAN

Program Minda Sihat merupakan program menangani stres yang diadakan untuk membantu guru kaunseling mengesan murid yang menghadapi stress, kemurungan dan kerisauan terutama bagi kes yang teruk dan sangat teruk untuk membantu murid berfungsi sebagai murid yang normal dan sihat pemikirannya. Oleh kerana itu program ini akan disebarluas dari segi promosi dan pendekatan kepada murid –murid ke arah mewujudkan Minda Sihat bagi sekolah yang sihat dari segi emosi dan pemikiran.  Murid dan guru akademik akan dibimbing untuk menangani stress warga sekolah sama ada melalui teknik asas berurut. Poster dan banner mesra pengguna dipamerkan di kawasan strategik untuk dipraktikkan amalan Minda Sihat dalam kalangan warga sekolah.

2.0               OBJEKTIF
1)      Agar dapat mewujudkan sudut dan laluan Minda Sihat yang lebih interaktif dan infomatif
2)      Agar dapat melibatkan outreach Minda Sihat di  kelas peperiksaan tingkatan 5 agar lebih bijak menguruskan minda dan emosi masing – masing.

3.0               TARIKH
1         - 30 Disember 2016


4.0               SASARAN
Semua warga SMK Cheras


5.0               AKTIVITI
Banner dan pamplet di laluan Minda Sihat iaitu koridor di antara bilik kaunseling dan kantin
Banner setiap kelas tingkatan lima
Poster di bilik guru dan di kantin
Mengecat dan menceriakan Taman Minda Sihat

6.0               AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi                   : Puan Kamariah Bt Abu
Timbalan Pengerusi : Puan Chong Moi Lian
Setiausaha                  : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK                                 : Puan Rozinani Bt Awang
                                        : Puan Raudzah Bt Ab Rahman


7.0               LAPORAN KEWANGAN

Pendapatan:
UBK                                    RM 500.00

Perbelanjaan:
Banner                              RM 250.00

Bunting  RM 25 x 10      RM 250.00

Jumlah                               RM 500.00


8.0               PENUTUP
Semoga outreach ini akan memberi informatif yang berkesan dan memberikan impak yang tinggi dalam perlaksanaan program Minda Sihat.


Disediakan oleh,                                                                                         Diluluskan oleh,


Nurhaiza Bt Che Mat                                                                                  Kamariah Bt Abu


Train your mind
To see the good in everything

No comments: