Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

26 November 2016

Majlis Apresiasi Kuala Lumpur Counselling Association


Majlis Apresiasi KLCA diadakan pada penutup sesi persekolahan 2016 di UNIKL Jalan Gurney dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program yang diilhamkan oleh Cik Rosnah Abdullah selaku Presiden KLCA sesi 2016 /2018. Majlis ini bertujuan mengeratkan silaturrahim antara kaunselor pendidikan di Kuala Lumpur dan menghargai jasa pengasas KLCA dan juga menghargai kaunselor KL yang mengharumkan nama JWPWKL di peringkat kebangsaan.
VIP utama ialah Dato Dr Abdul Halim Ketua Pengarah AADK yang merangkap penasihat KLCA. Beliau antara pengasas KLCA sewaktu bertugas di WPKL dahulu. 

Borang pendaftaran sbg ahli KLCA dialualukan untuk diisi. Dengan bayaran RM 100 sebagai yuran ahli seumur hidup saya telah menjadi ahli sejak penubuhan KLCA ini pada tahun 2011 lagi. Doorgift berupa pendrive untuk hadirin yg hadir dengan memulangkan borang pendaftaran KLCA tersebut.

Pada hari ini juga dilancarkan blog KLCA iaitu klca4u.blogspot.com yang akan memberi info mengenai aktiviti dan perkhidmatan kaunseling di WPKL.
Terima kasih kepada penganjur kerana menghargai kami dengan Anugerah Peningkatan Kecemerlangan Perkhidmatan Kaunseling Dan Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Kaunseling. Semoga kami terus cemerlang di masa akan datang. Antara penerima anugerah ialah peserta pertandingan yang menyertai peringkat negeri dan kebangsaan dalam pertandingan Amalan Terbaik Kaunseling Dan Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling serta pertandingan Inovasi Dan Kreativiti Kaunseling. Gambar -gambar di dalam blog ni kebanyakan yg blur hasil jarak jauh tangkap gambar. Haisyy..takpe saya akan gantikan yang baru jika dapat gambar yang lebih baik lagi.

Yang paling seronok program sebegini ialah berjumpa kawan kawan lama. Sebagai AJK Jemputan antara tugasan saya ialah menjemput bekas kaunselor WPKL yang telah berkhidmat di tempat lain. Memang seronok berbual setelah sekian lama tak berjumpa dan mendapat ilham untuk aktiviti next year dan aktiviti peningkatan diri sendiri. Semoga kita boleh bersua di lain masa dengan aktiviti sebegini.

Terima kasih kepada UNIKL yang sudi menaja makanan dan tempat mengadakan majlis ini. Lain kali kita boleh bekerjasama lagi  ;)


Talking to an old friend
Makes you realize 
How much your life has changed
Tahniah Rozi
Tahniah Kak Raudzah
Tahniah Padali
Tahniah Kang..SMK Cochrane
Tahniah Nabira SMK Cochrane
Tahniah Harriani SK AU Keramat
Tahniah Nadia..Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
Tahniah Kak Katinah
Tahniah geng AU Keramat
Tahniah Kak Noorlia ..PPW Sentul penarafan bintang 
Tahniah team WPKL
Tahniah Rozi
Tahniah team saya
Tahniah team saya
Tahniah Kak Salya
Tahniah Kak Halijah



























No comments: