6 November 2016

Amalan Terbaik Disiplin Sekolah Peringkat Kebangsaan 2016

Amalan Terbaik Disiplin Sek Men Dan Rendah saya kongsikan untuk panduan guru disiplin dan sekolah menangani masalah disiplin di sekolah masing masing. Memandangkan pembentangan disiplin serentak dgn kaunseling maka saya tidak dapat mendapatkan maklumat lanjut mengenai amalan disiplin mereka kecuali jika saya dapat bertemu dgn pembentang di booth mereka sewaktu saya singgah ke booth mereka. Memandangkan booth saya sendiri pun perlu dijaga maka saya memanfaatkan break saya untuk ronda ronda daripada minum pagi.
Johan
LEXAS League Of Extraordinary Classmate
SMK Seri Kota Paloh, Johor

dibentang oleh Mohammad Azhan Shahrom:
Konsep melahirkan semangat  Espirit De Corp semangat kekitaan  dalam kalangan rakan sekelas dlm meningkatkan sahsiah dan disiplin murid. Konsep bertanggungjawab dan keberkesamaan dlm kelas akan dijadikan kunci untuk mengubah murid yg bermasalah kpd yg positif. LEXAS juga memberikan konsep ganjaran dlm sbrg amalan yg positif dilakukan murid. Pembentukan disiplin dtg dari ganjaran positif bukan hukuman..

Naib Johan
MY Vest
SMK Paya Rumput, Melaka
Dibentang oleh Mohd Azif Shukor
My vest ialah kaedah mengawal pergerakan keluar murid dari kelas. Melalui pemakaian vest pergerakan murid dapat dikawal, keberadaan murid dapat ditingkatkan dlm kelas serta masalah ponteng serta keluar kelas tanpa kebenaran dpt dikurangkan.

Ketiga
Program Jejak 100
SMK Felda Besout , Perak
Dibentang oleh Siti Nur Saadah Sulaiman
Program jejak ponteng untuk menangani masalah ponteng.

Keempat
Amalan Kehadiran Ke Sekolah Program Lambaian Sekolahku Sayang
SMK Bukit Rokan, Negeri Sembilan
Merangkumi 3 pengisian penting iaitu
Program Jom Minum Di Sekolah yg mana murid diberikan sarapan percuma untuk yg hadir sebelum pkl 7.00 pagi berupa biskut dan teh O
Program Jom Rempit Ke Sekolah
Murid yg naik motorsikal perlu sampai ke sekolah sblm 7.10 pagi. Murid yg kerap dtg awal diberikan ganjaran. Murid yg dtg selepas 7.10 perlu menolak motorsikal dari pintu pagar sekolah  hingga kawasan parking motor.
Anugerah Kami Hebat
4 kali setahun anugerah disampaikan meliputi kehadiran penuh, sahsiah terpuji, kelas terbersih dan penampilan terpuji.

Kelima
Anugerah Sifar Dimerit
SMK A Putrajaya
Dibentang oleh Ahmad Shahir Suhaimi
Mengenai tindakan dan motivasi kpd murid mengurus kekemasan diri dgn baik seperti memakai name tag, lencana sekolah, tuck in baju ke dlm seluar sewaktu sukan dan memakai songkok.
AMALAN TERBAIK DISIPLIN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN
Johan
Laluan Demi Masa Dalam Mengatasi Murid Hadir Lewat Ke Sekolah
SK Bandar Mas Johor
Dibentang Norazizah Bt A.Rahman
Bagi mengurangkan jumlah hadir lewat, peningkatan peratus kehadiran yg tinggi, sifar salah laku serta sifar peratus ponteng. Laman Demi Masa menjadi pemangkin kpd jati diri dan budaya datang awal. Ia memberikan kesedaran kendiri untuk memperlihatkan kesungguhan seluruh jentera dibawah HEM.




Naib Johan
Program Marjan
SK Guar Perahu Pulau Pinang
Dibentang oleh Mohammad Nazmi Mohsin
Terdapat 7 subelemen pengisian program iaitu Terapi Nurani, Pintar solat, Asma'ul Husna, bijak sifir, gema Illahi, dengarlah sayang dan mutiara sunnah. Bermula pukul 7.00 pagi hingga 7.30 pagi untuk meningkatkan sahsiah dan disiplin murid.

Ketiga Amalan Terbaik dan Johan Pameran Disiplin Terbaik
Tepuk Cakna
SK Seksyen 7 Bdr Baru Bangi Selangor

Dibentang oleh Sarina Mohamed Hashim
Sekolah ini mempunyai bil murid yg ramai dan menimbulkan kebisingan. Tepuk ini dijalankan semasa perhimpunan pagi, tgh hari dan perhimpunan selepas rehat. Bertujuan mengurangkan kebisingan, meningkatkan kesediaan murid belajar, menyemat kata kata motivasi, memupuk sosial positif, mengisi masa sebelum masuk ke kelas dan aktiviti senaman vokal. Menerapkan nilai patuh pada peraturan sekolah.

Keempat Amalan Terbaik dan Ketiga Pameran Disiplin Terbaik
Program Koku Best
SK Malim Melaka
Dibentang Salasawati Ithnin

Perubahan dlm takwim kokurikulum agar dapat menarik minat murid untuk menyertai aktiviti kokurikulum yg dijalankan oleh pihak sekolah dan menurunkan masalah ponteng kokurikulum.

Kelima
Jari Di Bibir
SK Gelugor Terengganu
Dibentang oleh Noor Sharifatul Adibah Mohd Yusof
Melakukan aktiviti dgn meletakkan jari dibibir untuk membiasakan murid diam dan tidak bising. Apabila sentiasa dilakukan murid automatik diam tanpa perlu cikgu menjerit jerit mengarahkan senyap. 

Sharing is caring


 

Telegram Channel