18 December 2016

Kertas Kerja Lonjakan Kehadiran Murid Ke Sekolah 2017



KERTAS KERJA
MENINGKATKAN KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH
“LONJAKAN ZOOM IN KEHADIRAN”

1.0     PENGENALAN

        Projek Zoom In merupakan program bagi meningkatkan kehadiran murid ke sekolah bagi tahun 2017. Menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling berbanding hukuman disiplin untuk menarik murid hadir ke sekolah. Berdasarkan teori Maslow mengenai motivasi manusia akan meningkat jika dihargai dan diberikan pengiktirafan disamping keperluan kasih sayang maka  aktiviti Zoom In yang dijalankan. Zoom In yang dijalankan ialah  Zoom In Kelas, Zoom In Guru Tingkatan, Zoom In Ibu Bapa dan Zoom In Murid. Melalui projek Zoom In Kelas dan Zoom In Guru Tingkatan, insentif berupa sijil penghargaan dan hadiah iringan diberikan kepada murid dan guru. Manakala melalui Zoom In Murid, murid rasa dihargai dan disayangi kerana diambil berat melalui pendekatan hati ke hati manakala bagi Zoom In Ibu Bapa, konsultasi ibu bapa melalui talian kasih dan cakna meningkatkan keberkesanan komunikasi bagi memantau perkembangan murid. Melalui perlaksanaan program Zoom In, ia berjaya meningkatkan kehadiran murid ke sekolah sebanyak 1 peratus iaitu 86 peratus berbanding 85 peratus pada tahun 2016. Ini kerana setiap bulan melalui program yang dijalankan ia berjaya mencapai 89 hingga 92 peratus kehadiran murid ke sekolah terutama pada waktu bulan pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Namun demikian pada bulan November, kehadiran merundum dengan teruk kerana murid tidak bermotivasi untuk ke sekolah selepas tamat peperiksaan. Oleh kerana itu pada tahun ini dengan tema lonjakan Zoom In kami mengharapkan aktiviti yang dijalankan dan ganjaran yang akan diterima, akan dipanjangkan sehingga bulan November untuk mengekalkan peratus kehadiran yang tinggi dalam kalangan murid sepanjang tahun.


2.0     OBJEKTIF
1) Agar dapat mengenal pasti kelas yang menyumbang kepada peratus kehadiran murid yang rendah untuk diambil tindakan segera.
2) Agar dapat membantu guru kelas untuk memotivasikan murid dalam kelas yang mempunyai peratus kehadiran murid yang tidak mencapai KPI kategori kelas tersebut dalam bulan tertentu untuk hadir ke sekolah
3)Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai peratus kehadiran yang mencapai KPI masing – masing
4) Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada murid yang mempunyai kehadiran 95% ke sekolah
5) Agar dapat mengenal pasti murid yang perlu menjalani intervensi dengan guru kaunseling dan konsultasi keibubapaan dengan murid tersebut.

3.0       AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi                         : Puan Kamariah Bt Abu
Timbalan Pengerusi           : Puan Chong Moi Lian
Setiausaha                        : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Naib Setiausaha                : Puan Raudzah Bt Ab Rahman
AJK                                  : Puan Rozinani Awang
                                          Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat
                                          Encik Mohd Noor Bin Mat Deris
                                          Puan Noraida Bt Mohammad



4.0       PROSES ALIRAN KERJA
            1) Menyediakan kertas kerja
            2) Melantik Ahli Jawatankuasa
            3) Memaklumkan kepada guru
            4) Memaklumkan kepada murid
            5) Memaklumkan kepada ibu bapa
            6) Promosi
            7) Melaksanakan program
            8) Memantau, menilai dan menambahbaik
            9) Mendokumentasikan



1) ZOOM IN KELAS

Bil
Proses kerja
Tanggungjawab
Sasaran
Catatan

1

Memaklumkan kepada semua guru di mesyuarat guru yang 1

Puan Nurhaiza

Semua guru

27/12/2016
2

2.1
Kategori Pencapaian KPI

Kehadiran 95% ke atas


Guru Tingkatan
Guru Mentor

4 dan 5 Alpha
1, 2 dan 3 Imtiyaz
1,2 dan 3 Sapelele
Peralihan 1 dan 2
1, 2 dan 3 Amanah
Sijil penghargaan


2.2

Kehadiran 90% ke atas
Guru Tingkatan
Guru Mentor

4 dan 5 Beta
4 dan 5 Gamma
4 dan 5 Al Farabi
5 Khawarizmi
1, 2 dan 3 Bestari
1, 2 dan 3 gamelan
1,2 dan 3 Gigih
4 dan 5 Ibnu Sina


sijil penghargaan

2.3

Kehadiran 87% ke atas
Guru Tingkatan
Guru Mentor

4 dan 5 Ibnu Rusyd
4 dan 5 Ar Razi
4 dan 5 Al Khindi
4 dan 5 Al Biruni
1,2 dan 3 Jujur
1,2 dan 3 Luhur
1,2 dan 3 Makmur
1,2 dan 3 Setia
sijil penghargaan
3.0



3.1




3.2


3.3
Pengekalan KPI melalui semakan Buku Jadual Kedatangan Murid

3 kali dalam setahun



Mencapai purata KPI Jan – September 2016

.
Kategorti kelas terbaik setiap kategori pada akhir November

Puan Raudzah
Puan Nurhaiza
Semua kelas



Guru tingkatan
Mentor


Semua kelas



Satu kelas bagi setiap kategori




Sijil penghargaan


Anugerah HEM: Sijil Penghargaan

Lawatan
Jamuan makan
4



Kelas yang tidak mencapai kadar  KPI
Guru kaunseling



Guru kelas, guru mentor dan murid
Motivasi



2) NAMA PROGRAM           :  ZOOM IN MURID : HATI KE HATI
BIL
PROSES KERJA
TANGGUNGJAWAB
SASARAN
CATATAN
1
Makluman kepada semua murid di tapak perhimpunan
PK HEM
Guru Kelas
Semua guru kaunseling

4/1/2017
2a
Mengenalpasti murid yang tidak mencapai KPI melalui buku jadual kedatangan murid

Sesi petang: Pn Raudah
Tingkatan 1 & 2 sesi pagi dan ting 3: Pn Rozinani
Ting 4 dan 5 : Puan Nurhaiza dan En Che Mohamad Padali
Murid yang menerima surat amaran


2b


Menjalankan sesi kaunseling kelompok dan Ujian DASS
Guru kaunseling



Murid menerima surat amaran

2c
Menjalankan sesi kaunseling individu
Guru kaunseling
Murid menerima surat amaran

2d
Merekodkan status DASS dan sebab tidak hadir untuk diambil tindakan intervensi yang bersesuaian
Guru Kaunseling
Murid yang menerima intervensi “Hati Ke Hati”

3
Mengenal pasti murid yang mencapai kehadiran penuh dan mencapai 95% kehadiran bagi murid tingkatan 5
Untuk menerima ganjaran
Guru Tingkatan
Guru Mentor
Murid kehadiran penuh dan murid 95% kehadiran ke sekolah bagi murid ting 5
Majlis Graduasi Ting 5
Januari 2018 bagi murid peralihan hingga ting 4

3)   NAMA PROGRAM:  ZOOM IN IBU BAPA : TALIAN KASIH
    
BIL
PROSES KERJA
TANGGUNGJAWAB
SASARAN
CATATAN
1
Mesyuarat Guru dibentangkan program ini dan sewaktu program orientasi ting 1 kepada ibu bapa
PK HEM
Guru Kelas
Semua guru kaunseling
Ibu Bapa

2
Mengenalpasti ibu bapa murid yang terlibat melalui buku pendaftaran kehadiran murid atau data

Sesi petang : Pn Raudah
Sesi pagi ting 1, 2 dan 3  : Pn Rozinani
Tingkatan 4 dan 5 : Pn Nurhaiza Che Mat & Encik Che Mohamad Padali

Guru Kelas
Guru Mentor

3



Konsultasi ibu bapa
Guru Kaunseling
Ibu bapa yang tidak dihubungi secara lisan oleh guru kelas
Surat
Telefon
Lawatan

5.0       ANGGARAN KEWANGAN

Bil
BUTIRAN
BUTIRAN
KOS
SUMBER
1
Kelas mencapai KPI setiap bulan
Sijil penghargaan  40 x RM 2.00 x 11 bulan
RM 880


Jumlah

RM 880
Alatan Sekolah
2
Kelas terbaik kategori 95%
(lawatan)
Pengangkutan          
RM 350




Makanan    RM 10 x 40               
RM 400

3
Kelas terbaik kategori 90%
(lawatan)
Pengangkutan            
RM 350

4
Kelas terbaik kategori 87%
( jamuan makan)
Makanan                     
RM 200


Jumlah


RM 1,300
PIBG

Hadiah iringan Anugerah HEM




5
Kelas terbaik kategori 95%
Alatulis  RM 2 x 40 orang x 2 kelas
RM 160

6
Kelas terbaik kategori 90%
Alatulis  RM 1.50 x 40 orang x 2 kelas
RM 120

7
Kelas terbaik kategori 87%
Alatulis  RM 1.50 x 40 orang x 2 kelas
RM 120


Jumlah

RM 400
PCG UBK
8
Ganjaran murid kehadiran penuh
Pengangkutan RM 350 x 2
RM 700

PCG UBK


Makanan     RM 10   x 80 orang
RM 800

SIVIK

Jumlah

RM 1,500


Jumlah keseluruhan

RM 4,080


            6.0       PENUTUP
Diharapkan agar lonjakan Zoom IN pada tahun 2017 akan mencapai KPI sekolah untuk meningkatkan kehadiran murid kepada 90 peratus purata kehadiran bagi tahun 2017.
                        Disediakan oleh,                                                                     Diluluskan oleh,

                        (Nurhaiza Bt Che Mat)                                                       (Kamariah Bt Abu)

Guru Kaunseling                                                                     Pengetua

1) ZOOM IN KELAS


Jet lag...jet lag

21 comments

assalamualaikum.. sy mohon share program peningkatan kehadiran sekolah puan ini untuk di aplikasikan di sekolah saya. mohon halalkan perkongsian ini. terima kasih kerana ia sangat2 membantu.. semoga Alah merahmati dan memudahkan urusan puan dan terus cemerlang dalam perkhidmatan. TQ dan Salam hormat.

~Cikgu Yana~

Waalaikumussalam
Halalkan perkongsian anda. Terima kasih atas doa anda. Semoga kita sama sama cemerlang dlm memartabatkan profesion membantu ini.

Salam Puan, mohon kongsi ilmu ini. Sedang tercari2 program yang sesuai untuk anak2 di sekolah. Semoga Allah merahmati Puan.

Saya izinkan dgn niat membantu anak anak yg lain pula. Semoga usaha kita dirahmatiNya.

Assalaamualaikum wbt
Puan, saya mohon kongsi kertas kerja ini yea. Terima kasih atas perkongsian idea yang baik ini. Semoga puan dan kita semua dapat sempurnakan lagi kerja buat kita dan dikira sebagai amal jariah disisi Allah SWT

Asslamulaikum puan haiza...sy pun mohon share kertas kerja ini...semoga puan bertambah ilmu dan diberkati

....

Asslamulaikum puan haiza...sy pun mohon share kertas kerja ini...semoga puan bertambah ilmu dan diberkati

....

Salam akalbudi dan umi kalsom

Sila manfaatkan ye. Terima kasih semoga kita semua dirahmatiNya

Asslamulaikum puan haiza...sy pun mohon share kertas kerja ini...semoga puan bertambah ilmu dan diberkati

Waalaikummussalam
Sila manfaatkan. Terima kasih atas doa yg baik

Asssalammuakaikum puan haiza, sy mohon share pkongsian ini..semoga ilmunya semakin d berkati dan mampu membantu anak bangsa kita...

Saya izinkan. Semoga kita sama sama dapat membimbing murid ke arah cara hidup yg lebih bermakna

Assalamualaikum. Saya mohon share perkongsian ini. terima kasih puan.

Assalamualaikum puan.. Sy mohon share juga program ini ye untuk anak-anak di sekolah sy. Terima kasih

Waalaikummusssalam

Ya silakan guna. Saya halalakan

salam Pn.Haiza..
Saya mohon keizinan untuk menggunapakai idea puan dalam mengatasi masalah ponteng di sekolah saya yek..
Terima kasih.

Waalaikummussalam

Semoga bermanfaat. Saya izinkan

Terima kasih Cikgu atas perkongsian ini. Mohon dihalalkan perkongsian ilmu ini

Mohon share ye Puan terima kasih atas ilmu yg dikongsi

Assalamualaikum Puan.Saya mohon share ya puan..mohon halalkan perkongsian ini.Terima kasih..

 

Telegram Channel