9 December 2016

Trip to Masjid Sayyidina Hussein - Masjid Al Azhar - Pasar Khalili, Cairo

Hari kesembilan saya di Mesir. Kami tidur malam tadi di homestay bangunan student Kedah. Pagi ni baru boleh ambil picture sebab nampak jelas. Sarapan kami hari ini ialah nasi lemak wow macam nasi ambeng sbb ada meehon juga.
                                   

Destinasi pertama ke Masjid Sayyidina Hussein terletak di Hussein, Cairo. Antara peninggalan sepotong pakaian Nabi dan Al Quran pada kulit kijang tipis.Disini juga terdapat makam Saiyyidina Hussein yg mana kepalanya dikebumikan disini pada asalnya. Terdapat 2 menara bercorak Turki dan 3 payungraksasa.
Memandangkan hari ini ialah hari Jumaat yg merupakan cuti umum untuk Mesir maka masjid ini dipenuhi dgn umat Islam dan bersebelahan pula dgn pasar maka macam ulat hari ni manusia di sini. Kami melawat makam Sayyidina Hussein. 

Makam
Destinasi seterusnya ialah ke Masjid Al Azhar didirikan pada 359 H oleh Panglima Jauhar As Shiqilli. Dibangunkan sebagai pusat penyebaran Islam. Kami berpeluang menunaikan solat Jumaat disini brsama ribuan manusia. 

Jika anda ke sini pastikan anda mengambil wuduk dulu kerana bagi perempuan mengambil wuduk shj perlu ke tandas sejauh 3 minit berjalan kaki keuar ke jalan raya dan melintasi luar bangunan ini. Seronok pulak tengok pelbagai bangsa bragama Islam menunaikan solat bersama. Di sini kami telah membayar 25 LE bagi setiap ahli rombongan perempuan. Kami 4 org je untuk bersama 2 student Mesir muslimah membantu kami dari Masjid ini hinggalah ke urusan shopping di Pasar Khalili nanti. Ruang solat muslimah mmg benar benar open view dengan.berbumbungkan langit yg panas dan marmar yg sejuk. 


 
Selesai solat Jumaat dan jamak Asar kami pun shopping ke pasar sebelah. Khan Al Khalili merupakan tokoh terkenal bazar Turki selama zaman Utsmani. Ada juga sejarah yg mengatakan pasar ini dibangunkan oleh Amir Djaharks Al Khalili tahun 1382 M. Pasar Khalili tidak jauh dari Masjid Al Azhar. Memandangkan hari cuti umum terlalu ramai org sehingga lagi sesak.dan teruk pemandangannya. Kedai kedai kecil sahaja dan stail mereka berniaga hingga di luar kedai penuh dgn jualan di kaki lima kedai yg sempit.





Selesai shopping dah pukul 4.00 petang, polis dah sound sound van kami mengarahkan bergerak dan tidak boleh menunggu orang di kswasan persekitaran masjid. tersebut. Wahh jem teruk cutinya. Sampai di kawasan homestay kami lunch merangkap dinner di kedai iini. Jom.layan menu baru hawwama iaitu macam murtabak. Isi daging dimasukkan ke dalam roti dan dibakar atau digoreng. 



Selamat hari lahir adik
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki







 

Telegram Channel