Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

10 December 2016

Trip to Sinai - Mata Air Nabi Musa - Makam Nabi Saleh, Sinai




Hari kesepuluh kami di Mesir. Kami berjalan kaki selama 5 minit dari homestay ke stesen bas berhampiran menunggu bas ke Sinai. Kali ini kami bergabung dgn travel agensi lain untuk ke Sinai dgn menaiki bas express yg lebih besar dan selesa. Menunggu bas sambil melayan chai dan kopi..of couse for me jus orange. Wei sejam jugak dengan kedinginan angin Cairo yg sejuk. Orait jom ke Sinai.





Semenanjung Sinai adalah sebuah semenanjung berbentuk segitiga yang terletak di Asia Barat namun menjadi bahagian dari Mesir di Afrika. Daratan seluas 60.000 km2 ini dibatasi oleh Laut Tengah di utara, Laut Merah di selatan, Terusan Suez di barat, dan perbatasan dengan Israel di timur laut. Daerah ini menjadi penghubung antara benua Asia dan Afrika.

Kami berhenti rehat di kawasan r n r yg tiada mkn berat dijual tetapi mkn dibekalkan oleh travel agensi. Nasi wudu macam nasi lemak air tangan org Indonesia. 




Orait selepas makan di r n r kami bergerak ke destinasi berikutnya dan melalui terusan suez yg glamour kerana kepentingannya dari aspek geografi, keselamatan dan ekonomi. 


Mata Air Musa U'yun Musa
Terletak pada 143 km dari Cairo . Tempat ini merupakan 12 mata air yg berasal dari batu yg dipecahkan Nabi Musa as dengan tongkatnya  untuk memberi minum 12 suku kaumnya. Seperti dalam Quran surah Al Baqarah : 60. Tetapi 12mata air ini hanya tinggal 4 yg kelihatan krn yg lainnya tertutup dgn pasir akibat angin gurun.






Mata air 1
Mata air 2
Mata air 3

30 minit sahaja di sini dan kami diescort juga oleh polis. Perjalanan sepatutnya 6 jam sahaja dari Cairo ke Sinai tetapi mencecah 8 jam lebih krn byk pos tentera yg kami lalui hampir 6 pos. Kami juga diingatkan berkali kali agar tidak mengambil gambar sepanjang jalan dalam kawasan pengawasan tentera. Jika ditangkap boleh dibawa hingga ke balai polis. 

Di pos terakhir nak menuju ke Bukit Sinai lagi heran sampai sejam tunggu tentera escort. Mari google kenapa Sinai ni tak berapa mesra pelancong berbandibg bandar lain. Orait Sinai pernah menjadi rebutan dan pernah dirampas. Sinai merupakan tempat strategik untuk perdagangan dan keselamatan negara. Sinai merupakan kawasan rebutan semenjak zaman mesir kuno lagi. Tidak kurang 15 kali Sinai dijajah dan jajahan terakhir oleh israel pada tahun 1973 namun berhasil dibebaskan oleh mesir pada tanggal 6 oktober 1973. 

Okey Dah pukul 5.30 ptg tapi mcm pukul 11 malam gelap. Kami berhenti di makam Nabi Saleh untuk mengambil gambar kenangan.. Makam yg ringkas dengan binaan bangunan yg menempatkan makam tersebut dibina dari batu. 

Nabi Saleh adalah nabi yang diutus untuk kaum Tsamud yang bermukim di sekitar Hijaz dan Syam. Kaum Tsamud yang ingkar dan melanggar perintah Allah dengan membunuh unta milik nabi Saleh akhirnya diazab dengan hujan batu, gempa bumi, dan halilintar. Nabi Saleh yang pada waktu itu telah menyelamatkan diri di Ramlah, Palestina kemudian menetap di Mesir dan meninggal di sana. Kisah nabi Saleh diceritakan Al Quran dalam surat Al-A’raaf, Hud, dan Al Qamar

Tiba pkl 7.00 malam di rest house mari berehat sementara menunggu pukul 12.00 malam untuk mendaki Bukit Tursina. Sejuknya disini hingga kena pakai berlapis lapis baju dan seluar..barulah boleh tidur sebentar. Pemandangan sebaik sahaja masuk ialah lambang 3 agama yg mempunyai sejarah kenabian bagi agama Islam, agama Kristian dan  Yahudi.

Subhanallah cantiknya
Alhamdulillah terjejak jua
Good night Thursina



No comments: