Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

2 December 2016

Travel To Cairo : Pyramid Giza - Malaysian Hall - Makam Sayyidah Nafisah - Masjid Amr Bin Ash -



Pukul 2.00 pagi waktu tempatan saya dah terjaga. Perut minta mkn hahaha maklumlah KL dah pkl 8.00 pagi which is my breakfast kat rumah biasanya 5.30 pagi. Mujur ada mkn dinner nasi Arab Mesir yg tidak bersentuh sejak mlm tadi so apalagi pkl 2.00 pagi sy mkn nasi hihihi. 

Subhanallah cantik pemandangan matahari terbit dari bilik tidur kami di Pyramid Plaza Hotel. Berlatarbelakangkan piramid yg tersergam indah. 



Pagi ni destinasi pertama kami ke tapak pyramid. Dengan tiket masuk 80LE dan jika ingin masuk ke dalam bangunan piramid bayaran sebanyak 200LE.  Membayangkan pyramid di tengah padang pasir yg luas tetapi rupanya di tengah bandar yg boleh diakses. Di pintu masuk tersergam piramid yg berbatu besar..di bhgn belakang atau puncaknya terdapat padang pasir yg luas. Wow piramid antara diiktiraf sebagai keajaiban dunia. Alhamdulillah tiba juga saya di sini. Tour guide kami merupakan student di Mesir. Kami dinasihatkn agar berhati hati di sini dan tidak melayan sebarang cadangan atau usul dari orang Arab ini bimbang jika diminta bayaran atau tip untuk perkara perkara yg tidak sepatutnya dibayar. 






Saya dan Ida memilih pakej untuk masuk ke dalam bangunan piramid alang alang dah sampai ke tanah Mesir. 
Kami perlu memanjat ke bangunan piramid tersebut dan memasuki melalui pintu masuk yg sempit. Kelihatan lampu yg samar samar untuk ke bilik tempat menempatkan mumia tersebut. Kami perlu memanjat dalam keadaan membongkok dan ketika inilah jantung saya berdegup lagu...memori memasuki terowong Cu Chi tunnel di Vietnam kembali menggangu kerana sejak itulah  saya trauma memasuki tempat sempit yg gelap krn sesak nafas. Alhamdulillah berjaya juga sampai ke bilik makam ditempatkan dgn bantuan Ida dan Kapten Nazri :) Mata terpaku subhanallah dgn keajaiban binaan piramid ini dgn bongkah bongkah batu yg besar membentuk bilik dsb. Untuk memasuki ke bilik yg menempatkan bekas keranda mumia kami perlu melalui satu lorong sebesar badan kami untuk masuk ke bilik ini. 




Selesai explore bilik ini, kami menuju lagi ke belakang piramid yg saujana mata memandang padang pasir di sini. Kami menyewa unta untuk membawa melalui padang pasir selama 20 minit dgn bayaran 40LE. Wah...sekali lagi berlakon dan berposing menaiki unta berlatarbelakangkan piramid. huhuhu agak malu semasa kali pertama menaiki unta tu apabila dia bergerak bangun shj...saya terkejut sangat sambil menjerit sekuat kuat hati untuk diturunkan of courselah pak Arab tu tak berapa faham lagi disuruhnya unta tu berdiri walau unta tu mengeleng geleng kepala. Terpaksa juga saya memejamkan mata redha dgn apa yg bakal berlaku sambil ketakutan..hahaha hinggalah apabila tuan unta itu dpt menenangkan unta itu yg tension dgn suara jeritan saya tadi. 
Kami rombongan 7 org menaiki kuda meredah padang pasir dan apabila saya dpt keselesaan untuk pace unta itu

Tamat sahaja keseronokan bermain unta, maka kami bergambar sekitar padang pasir berlatar belakangkan piramid yg indah. Nun di kejauhan kelihatan dua buah piramid yg cantik

3 piramid yg terkenal di Giza ialah 
Khufu : Cheops 
Khufra' : Chepren dan 
Munqara' : Mycerinos. 

Piramid terbesar didirikan oleh Raja Cheops  pada 2690 SM yg mengambil masa 20 tahun. Dalam piramid Khufu ada lorong 105 meter menuju 3 kamar.salah satu tempat menyimpan mumia Raja Khufu.

Piramid Khufra dibina oleh Raja Chepren pd 2650 SM. Dipuncak masih kelihatan
 batu kapur asli yg melapisi sisi piramid yg belum terhakis.

Piramid Munqara' didirikan pada 2600 SM dgn ukuran lebih kecil dari dua piramid lain. 

Tidak habis lagi di sini maka kami menuju ke sudut lain di tapak piramid ini menaiki van kami ke arah Spinx yg terkenal. Di sini lagi ramai pelancong asing dan warga tempatan. Terdapat gerai gerai di tepi jalan yg menjual pelbagai cenderamata. 



Sphinx atau Abu Al -Haul  didirikan oleh Raja Chepren bersama dgn pembinaan piramid.. dalam bentuk Dewa.Horus utk menyembah ayahnya yg menganggap diri sbg dewa matahari. Terletak 200 meter arah timur piramid. 57 meter pjg dan 20 meter tinggi. Bhgn janggutnya yg terjatuh disimpan di British Museum, London. 

Disebelah Sphinx ada kuil Mesir yg dikenali Kuil Wadi utk penyembahan Dewa Ra. 








Kami keluar dari kawasan ini pada pukul 1 tengah hari dan bergerak ke Malaysia Hall Abbasiah tempat kemudahan berkumpul anak anak Malaysia yg disediakan di sini. Wahhh..ada nasi putih dan masakan Melayu haha baru hari kedua saya teruja untuk menikmati makanan Melayu Malaysia dan berbual dengan student Malaysia mengenai kehidupan mereka di sini. 




Kami meneruskan perjalanan ke masjid yg menempatkan makam Sayyidah Nafisah.
Sayyidah Nafisah adalah putri Hasan bin Zaid bin Hasan bin Ali bin Abi Thalib. Dilahirkan 145H di Mekah dan membesar di Madinah. Hidup sezaman dgn Imam Syafi'i terkenal dgn ketakwaan dan kezuhudannya. 


Di luar kawasan masjid aktif dgn pelbagai aktiviti. Ada perkahwinan di sebelah kanan kami dgn org ramai bersuka ria dan di sebelah kiri kami pula ialah kematian di mana mayat disembahyangkan di masjid dan keranda diusung ke dalam van jenazah. Berlalu sahaja van jenazah, datang pula ambulan membawa jenazah lagi sambil mendengar raungan dari ahli keluarga. Saya dan Ida menyusup ke lorong lorong kecil untuk ke makam Saiditina Nafisah dan melihat aktiviti menjaja masyarakat Mesir dari golongan penjaja yg nampak susah dan daif di situ. 


Orait perjalanan hari ini diteruskan menuju ke Masjid Amr Ibn  Al Aas. Masjid ini merupakan masjid pertama di Mesir dan sbg tempat pengajian Islam  bermula. 
Masjid Amr Bin Ash didirikan oleh Panglima Amr Bin Ash iaitu yg pertama di Benua Afrika. Disebut juga dgn nama Taj Al - Jawami mahkota masjid Jami Al ' - Atiq masjid tertua dan Masjid Ahl Ar Rayah pemegang panji Islam

Sungguh luas dan unik binaannya dan kami merakam kenangan bersama. Saya tidak melepaskan peluang untuk mengambil sebotol air minum dari masjid yg dikatakan air Sungai Nil yg telah ditapis. 


Then kami bergerak ke hotel. Tiba di hotel semula pada pukul 5.30 petang waktu tempatan tetapi cuaca dah macam pukul 10.00 malam. Kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki melihat persekitaran budaya hidup masyarakat tempatan melalui King Faisal Street. Kami ke pasar dan melihat dengan lebih dekat aktiviti berjual beli sayur sayuran, ayam dan kuih muih tempatan. Wahhh buah sgt segar dan fresh strswberry sekilo baru 15 LE sama dgn RM 4 je. Buah delima yg gemuk gemuk 4 LE purata sebiji buah. Anggur yg manis dgn harga 16 LE sekilo. Yg paling menarik perhatian ialah  cara timbangan dibuat menggunakan pemberat tradisional seperti neraca. Kami juga ke kedai jus buah. Saya dan Zuridah membeli pure jus tebu dan Kak Yan membeli jus tamar hitam.  
 

Destinasi seterusnya dah pukul 8.00 malam waktu tempatan kami menikmati makanan di restoren Antar Kebab House kebab yg mana pelayan dan pekerjanya ialah lelaki. Makanan yg sedap jika anda memang penggemar kebab.  Daging kambing dan nasi saya habis juga huhuhu. Oh ye jgn lupa bahawa hidangan bersama pakej roti ish seperti sebesar roti canai tetapi menggunakan 100 peratus tepung gandum. Bab ni mmg tak habis mkn. Dah kenyang...hihi malas lak nak jln kaki balik ke hotel maka kami menaiki van yg ditahan di tepi jalan yg.tidak menutup pintu. Satu lagi trend transport di sini yg ala ala teksi atau van sapu saya panggil di kampung kampung sewaktu zaman persekolahan saya yg mengambil org dalam satu zon tertentu sahaja. Uniknya van ini di Mesir ialah suka suka hati nak sumbat byk penumpang atau tidak menutup pintu van langsung sewaktu bergerak. Hahaha..kenangan betul naik van ni. 
Orait selamat malam kita tunggu cerita esok

Good night Cairo
Good morning Malaysia

















No comments: