12 December 2016

Trip To Dahab - Sharm El Sheikh, Mesir





Dari Bukit Tursina kami menuju ke Dahab. Kami check.in  di hotel dan tidur sambil melayan kaki yg lenguh dan sakit. Pukul 3 petang laparnya...dan kami berjalan di tepi pantai mencari makanan laut. 

Dengan perkhidmatan ATV sebanyak 150 LE maka anda boleh mengelilingi pekan kecil ini. Saya tidak mengambil kemudahan ini sebaliknya memilih untuk berjalan kaki melihat panorama laut Merah dan ragam masyarakat disini.
Kami berjalan kaki ke pantai berhampiran Laut Merah untuk mencari restoran sea food. Wah....bila dah lama tak rasa seafood terasa semua kedai memanggil manggil untuk merasa semua menu seafood :)




Dahab, sebuah pekan kecil yang terletak di pantai tenggara Semenanjung Sinai. Sebelumnya Dahab dikenal sebagai perkampungan nelayan Suku Badui dan tempat ini merupakan desa yg terletak kurang lebih 85 km arah utara Sharm El Sheikh di Teluk Aqaba.
Sejak 1980, Dahab popular sebagai tempat layar, Scuba dan Snorkeling
Anda boleh berbasikal sambil bershopping atau menaiki ATV. Saya, ida, kak Yan, tour guide dan Kapten Nazri memilih berjalan jalan melihat kedai kedai untuk melihat sendiri brg brg unik masyarakat tempatan di sini. 









Cuaca di Dahab tidak sesejuk di Sinai kerana faktor geografinya. Dahab agak panas dan pagi esoknya pada hari ke 12  di Mesir, kami ke Laut Merah. Dengan menaiki glassboat dgn bayaran 70 LE kami menikmati kekayaan terumbu karang dgn hidupan laiut yg cantik dan mempesonakan. Pada pukul 9.00 pagi kami menaiki pick up menuju ke pantai. Oh yeah satu glassboat dah menunggu penyewanya. Dari glassboat yg mempunyai kaca optik menyebabkan kami dapat melihat hidupan laut dgn lebih jelas. Bot menuju ke daratan Hampir sejam disini kami pun pulang ke hotel. 



























Orait jom rushing masuk hotel dan kemas apa yg patut. 



Tiba masa untuk check out  pukul 1.00 tengah hari dan kami menuju ke Erl Sham yg terkenal dalam kalangan pelancong dgn resort mewah dan shopping complex yg besar. Kami hanya turun sejam di sini untuk berehat sebelum memulakan perjalanan keluar dari Sinai dgn melalui hampir 6 pos keselamatan yg mengambil masa berjam.  Kami mencuba puzza hut dan fi tengah resyoren ada deco pelbagai salad. Disini tiada sos cili mmg byk sos tomato sahaja. Mereka juga tiada sample sos kecil bagi belian yg dibawa balik..





Dah berehat jom naik bas dan bersedia mental dan fizikal untuk 6 jam perjalanan lagi dan dua kali berhenti rehat untuk sejam. Melalui pos keselamatan sekali lagi untuk keluar.dari Sinai dan kami tiba di Cairo pukul 11 mlm dalam keadaan penat.


#Salam Maulidur Rasul





 

Telegram Channel