Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

3 December 2016

Trip Malaysian to University Alaxanderia - Kubu Sultan Qaitbay- Masjid Abu Abas, Mesir

Hari ketiga pada hari Sabtu kami bersedia seawal pukul 7.00 pagi untuk ke Iskandariah ( Alaxenderia). Tunggu punya tunggu ada masalah kelewatan krn ada trip dari satu group akan join dgn group kami dalam satu van. Maka bertolaklah kami pada pukul 9.00 pagi menuju ke Universiti Alaxenderia di Alaxendria sejauh 3 jam perjalanan dari Cairo.  Jalan jem teruk dgn hujan rintik rintik kami tiba pada pukul 12.00 tengah hari. Dengan harga tiket sebanyak 70LE kami masuk ke perpustakaan Universiti ini yg pernah menjadi perpustakaan terbesar di dunia.  Dianggap didirikan pada awal abad ke-3 SMpada masa pemerintahan Ptolemeus II dari Mesir . Dirasmikan pada tahun 2003 dan dikenali sbg Bibliotheca Alaxenderiana. Untuk memasuki tempat ini, Kami perlu menyimpan beg di ruang bagasi dan tidak dibenarkan membawa beg langsung. Bahkan yg membawa beg sebesar pensil case pun akan di imbas oleh mesin. Wah mmg besarnya library ini dan bangunan yg sama juga menempatkan muzium mengenai kehidupan selepas mati dan pelbagai jenis arca dan patung. Di dalam muzium kami tidak dibenarkan mengambil gambar.


Next destination ke Kubu Sultan Qaitbay yg terletak di tepi laut Medittranean, Alaxendria. Kubu ini merupakan kubu yg terkenal dalam sejarah. Dengan panaroma pantai yg indah dan binaan kubu yg unik kami perlu membayar 30 LE untuk memasuki tempat ini. 

Setiap pengunjung perlu di skrin terlebih dahulu dan diperiksa beg mereka. Kami menaiki sehingga tingkat 3 kubu dan meninjau sendiri lubang lubang dan bilik yg merupakan tempat untuk meninjau pergerakan kapal. Oh ye kami juga sempat meninjau kubu bawah tanah yg menempatkan air bersih untuk kegunaan harian. 







Jam sudah menunjukkan lebih pukul 2.30 ptg untuk kami menikmati makan tgh hari di Sarban Restaurant iaitu menu nasi, ikan dan udang. Menu wajib mereka iaitu roti Iskh turut dihidangkan juga. Wahh ada jus pure iaitu mango atau delima dgn harga 10 LE secawan. Menu ikan ini mmg sedap hingga saya boleh menghabiskan seekor ikan dan separuh ikan lagi disedekahkan oleh Ida kepada saya :)



Setelah makan kami menuju ke Masjid Abu Abas Al Murshi untuk menunaikan solat jamak Zohor dan Asar. Rekaan masjid yg unik dan terdapat makam juga di dalam masjid ini. Selesai solat, kami bertolak ke homestay Pelajar Jawa Indonesia yg terletak di Cairo. Kami menikmati makan malam roti kebab dan nasi Arab ayam.   Kami berehat di sini hingga pukul 2.00 pagi sebelum bertolak ke Hurghada. 


Knowledge is a key of wisdom






No comments: