Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

11 December 2017

Menyoroti Sejarah Grand Palace dan Wat Po Bangkok, Thailand.





Seawal pukul 7.30 pagi kami berjalan kaki dari hotel Silom menuju ke stesen skytrain Chong Nonsi, untuk ke stesen Saphan (Thaksin). Dari stesen Saphan itu kami akan menaiki bot untuk ke General Palace dan Ang Po. 

Tiba di stesen Chao Pharaya River , kami hanya perlu turun dari stesen train itu sahaja dan ia mmg terus menuju ke jeti. Perjalanan dgn bot
Perkhidmatan bot disini memberikan pakej 180 baht untuk hop in hop off iaitu boleh berhenti di mana mana stesen yg kita suka sepanjang pelayaran bot ini. Di setiap stesen mempunyai tatikan pengunjungnya yg tersendiri. Tetapi kami memilih perjalanan sehala 50 baht. Kami beratur dari pukul 8.30 pagi sementara menunggu bot pukul 9.00 pagi. Memerhatikan air sungai yg bergelora membuatkan saya pening ditambah dgn bau air yg kurang enak, dan saya dah start risau kalau saya pening atau mabuk. Start pukul 9.00 pagi bot tiba dan belayar menikmati pemandangan Bangkok dari laut. Mereka sangat menyanjungi raja mereka. Gambar gambar raja dgn saiz gergasi boleh kelihatan di mana 

Mari saya share cerita mengenai Ang Po ini. Sebelum anda masuk ke kuil yg mengandungi patung ini, pastikan kasut dibuka.






Kami tiba di Grand Palace pukul 9.30 pagi. Masya Allah ramainya manusia..beratur terlalu panjang rasanya 1 km  sbb nak masuk ke dalam pagar Grand Palace. Saya curi curi mendengar seorang tour guide tempatan yg menawarkan perkhidmatannya sbg tour guide pasangan Mat Salleh. Rupanya tiket dibeli terus di dalam Grand Palace. Boleh terus ke pagar Grand Palace dan tidak perlu beratur panjang 1 km seperti yg saya lihat. Ini kerana rombongan yg menggunakan tour guide mmg lebih selesa masuk secara berkumpulan. Ini menyebabkan tour guide masing masing meminta ahli group beratur panjang mengikut kumpulan tour guide masing masing. Itula yg bagusnya pula, kami berdua menyusup masuk celah lautan manusia. Grand Palace ini mempunyai syarat tersendiri di mana pengunjung perlu mematuhi etika berpakaian sopan dan tidak mendedahkan anggota badan mereka terutama perempuan. Jadi mereka perlu memakai skaf menutup sebahagian badan yg terdedah atau dijadikan skirt untuk menutup seluar pendek mereka. 






Tiket masuk ke Grand Place ialah 500 baht. Dgn cuaca yg panas, lautan manusia yg ramai menyebabkan saya dan Ida menyusup ruang yg tidak dikerumuni tour guide untuk kami mengambil gambar. Sangat indah seni lukis di sepanjang bangunan istana ini yg memaparkan mengenai kehidupan di istana dan sekitarnya pada zaman dahulu. 

Mari kita menyorot sebentar peristiwa terbinanya Grand Palace ini. 
GRAND PALACE adalah bangunan istana di BangkokThailand. Istana ini berfungsi sebagai kediaman resmi Raja-raja Thailand dari abad ke-18 dan seterusnya. Istana ini mulai dibangun pada tahun 1782, pada masa pemerintahan Raja Rama I, ketika ia memindahkan ibu kota kerajaan menyeberang sungai dari Thonburi ke Bangkok. Dengan keluasan 218000 meter persegi dan dikelilingi dgn 4 dinding yg tingginya 1900 meter. Ia bukan sahaja dirujuk sbg tempat tinggal diraja tetapi sebagai pejabat pentadbiran juga.



Seawal melangkah masuk ke dalam Grand Palace, terdapat galeri lukisan yg merupakan lukisan mural yg telah wujud sejak zaman King Rama 1 lagi mengenai cerita epik Ramayana versi Thailand . Kisah Tosakanth king of demons  dan pertempuran dgn King Rama yg merupakan manusia. King Rama mempunyai pahlawan pahlawan askar yg terdiri dari monyet dan dapat mengalahkan Tosakanth. Galeri lukisan terbahagi kpd 4 seksyen dan telah byk kali direnovate. 





Phra Wiharn Yod ialah
Gambar diatas yg dibina oleh King Rama 3 dan digunakan sbg kuil kecil oleh pelbagai Buddha images. Antaranya Phra Naga images which transferred from Hor Phra Naga. Imej Buddha ini dibawa dari Ayudhaya oleh King Rama 1. Rekabentuk mahkota Thai yg dihiasi dengan mozek dari China.



Hor Phra Naga
Merujuk gambar di atas yg mana Bangunan asal dibina semasa King Rama 1 to menyemadikan patung imej Phra Naga. Patung Imej berdiri Buddha in copper alloy yg dibawa dari Ayudhaya oleh King Rama 1. Kemudian Raja Rama 3 telah meruntuhkan Hor Phra Naga yg asal dan membina bangunan baru yg lebih besar untuk menyimpan abu ahli keluarga diraja dinastinya. Tetapi nama bangunan masih dikekalkan Hor Phra Naga.






Phra Siratana Chedi

Gambar bentuk loceng keemasan di atas, Dibina semasa pemerintahan Raja Rama 1V pada 1855. Peninggalan Buddha DiRaja disemadikan dalam stupa ini. Stupa ini mempunyai rekabentuk bulat dan berbentuk loceng dalam senibina Ceylonese. Senibina asal dilitupi white wash dan mozek emas digunakan semasa pemerintahan King Rama v. 














Phra Mondop

Merujuk gambar diatas dan yg merupakan perpustakaan penganut Buddha. Dibina dibawah rejim Raja Rama 1 pada 1789 mengandungi manuskrip Buddhist. Rekabentuk lembaga dan muka naga mengawal 4 pintu utama. 4 penjuru dinding terdapat patung Buddha dalam stail Jawa dari kurun ke 14 dan 15. Dibina dari batu gunung berapi yg dihadiahkan kpd King Rama 5 oleh pemerintah Java sewaktu lawatan ke Java iaitu Indonesia.


Gambar diatas ini, masih dalam ruangan Phra Mandop.
Orait jom ke Temple Of The Emereld Buddha.

The Temple Of The Emereld Buddha ini Dikenali sbg Wat Phra Sri RattnaSatsadaram atau Wat Phra Kaew yg dibina King Rama 1 pada 1782. Bangunan penting dlm Wat Phra Kew ini ialah bangunan dikenali sbg Phra Ubosoth atau The Chapel Of Emereld Buddha. Rekabentuk senibina Thai berdasarkan gaya zaman Ayudhaya.  











Gambar di bawah ialah Chakri Maha Prasat Hall iaitu tempat tinggal diRaja yg dibina oleh King Rama V pada 1877. Rekabentuk arkitek berbangsa Inggeris, Mr John Clunish. Sekarang bangunan ini hanya untuk kegunaan upacara peringkat negeri. Bilik yg berada di bawah bumbung  tengah  bentuk Prasad roof disemadikan abu King Rama 1V hingga V111







Dua jam di sini..tipula kalo saya bagitau saya selesa di sini. Dengan kaki dah nak sakit, cuaca panas kami keluar dari Grand Palace menuju ke Ang Po. Tgk map macam dekat, bila jalan dan jalan dari Grand Palace ke Ang Po...wah..mmg lelah yg amat. 
Ada je perkhidmatan teksi dan tuk tuk..tp bila rasa dekat, nak jalan kaki jela. Tapi nampaknya kami tak fit maklumla dah lama tak senam jln jln ni..hihi. Dah sampai ke Ang Po..kami membayar 100 baht seorang untuk masuk ke Ang Po yg terkenal dgn patung brsalut emas gergasi. 

Sejarah Wat Pho dikenali sbg Wat Phra Chetuphon Vimolmangklararm Rajwaramahaviharn kuil diraja. King Rama 1mengambil Wat Photharam, kuil lama di Bangkok sewaktu zaman Ayutthaya 1656 sbg tempat kuil di Raja sewaktu Grand Palace dalam pembinaan. Saya share info dari pamplet juga dibawah ini. Dari Wat Po ke jeti kami decide amik tut tut kena charge 300 baht. Mcm mahal tapi dah tak larat jalan plus perut lapar sangat. Takda makanan halal di sini. Di jeti berbaris pengunjung terlalu sesak dan ramai. Kami menyusup celah org dan terus ke tempat bot mendarat dan membeli tiket dgn staff yg terus print tiket dari mesin di tangannya. Pelancong yg mengikut tour yg mempunyai barisan yg panjang menunggu giliran. 
Orait sambung entri sebelah perjalanan kami ke Masjid Darul Aman pula.

















Saja tunjuk inilah duit syiling dimasukkan setiap syiling yg dimasukkan dlm mangkuk kecik tu diagih dlm tembikar atas tu..kami tak buat pun walaupun ramai pengunjung yg buat.