17 January 2017

Bengkel Penetapan Matlamat PT3 Dan SPM & Motivasi


Projek ke 3/2017 bengkel penetapan matlamat pt3 dan spm yg diadakan hari ini. 
Oleh kerana program ini juga merupakan aktiviti sarana sekolah yg memerlukan penglibatan ibu bapa, maka semua ibu bapa ting 3 dan 5 dijemput hadir bersama sama. Walaupun hampir 80 ibu bapa yg hadir ia adalah 15% sahaja dari jumlah ibu bapa murid ting 3 dan 5. 

Pendaftaran ibu bapa seawal pukul 7.30 pagi
Terima kasih bagi yg sudi hadir termasuklah AJK Kumpulan Sokongan Ibu Bapa iaitu Pn Rina, Pn Juwairiyah dan En Hanafiah.




Bengkel ini dimulakan dgn slot taklimat oleh Encik Che Padali mengenai borang penetapan matlamat, 
Disusuli oleh puan pengetua untuk ucapan aluan kepada ibu bapa yg hadir dan nadihat untuk murid pt3 dan SPM. 

Slot kemudiannya disambung oleh En Nor Sazali penceramah jemputan dari LPPKN selama sejam 15 minit. Tajuk ceramah berkaitan dgn penetapan matlamat sokongan ibu bapa terhadap anak. Selain itu sasaran penceramah juga untuk murid ting 5 sbg ceramah motivasi diri. 








Terima kasih En Hanafiah wakil PIBG . PIBG menaja program hari ini..

Slot kemudiannya disambung dgn bacaan ikrar diketuai oleh Ain murid ting 5 Alpha selaku ketua murid dan murid cemerlang ting 5 untuk belajar bersungguh sungguh mencapai target mereka.


Slot seterusnya ialah penetapan matlamat ting 3 . Cikgu Padali menerangkan mengenai matlamat pt3 sebelum disambung oleh Pn Nurhaiza untuk cara mengisi target dalam borang yg disediakan serta panduan target yg sesuai. Bacaan ikrar diketuai oleh murid cemerlang ting 3. 






Sempat lagi saya buka kaunter konsultasi. Oleh kerana perkhidmatan kaunseling kami mempunyai sistem web sendiri maka konsultasi juga menggunakan medium teknologi cthnya pendaftaran konsultasi, dan untuk akses info psikometrik.




Ikea..with my exPRS
Thank you Fiqah for the meatball
And mushroom soup for free :)
Thanks Zhafran for new input



 

Telegram Channel