24 January 2017

e-psikometrik: Peningkatan akses VLE Frog

UBK meningkatkan kadar penggunaan VLE Frog sekolah melalui akses murid untuk intervensi psikometrik inventori minat kerjaya dan inventori personaliti tingkatan 1 secara dalam sistem komputer.Bermula 23 Jan hingga 25 Jan semua murid ting 1 menggunakan e psikometrik untuk mengenalpasti minat kerjaya mereka melalui penggunaan Inventori Minat Kerjaya dan mengenalpasti personaliti mereka melalui Inventori Personaliti.  Menggunakan email rasmi yes maka semua murid ting 1 dikehendaki membuka email yes masing masing untuk mengetahui skor mereka.  Hasil skor ini akan dibincangkan untuk memberikan bimbingan kpd murid. Melalui akses kepada email yes dan intervensi yg boleh diakses melalui blog atau VLE Frog, maka UBK mengharapkan agar dapat membantu pihak sekolah menaikkan rating VLE Frog. Boleh download pada entri saya sblm ini mengenai intervensi menggunakan intentori ini yg mempunyai alihbahasa dalam Bahasa Cina juga. Melalui penggunaan email result akan kekal untuk info murid tanpa alasan hilanglah result dan perlu dirujuk lagi untuk track skor murid. 
Kami membuat gimik penyerahan rasmi email VLE Frog sekolah kpd murid ting 1 di makmal komputer. 

cmnurhaiza@yes.my


Taklimat penggunaan psikometrik


Layout e psikometrik yg dicipta oleh Cikgu Padali



Pn Raudzah mengedarkan slip email rasmi yes


Pn Norliza Borhan guru penyelaras ICT sekolah

Terima kasih to my exstudent Eryn sempat lagi dtg jenguk cikgu di sekolah dan menjadi fasilitator psikometrik


Thanks Eryn and Sara for the visit

2 comments

Salam kak..utk thn ni dh boleh buat ke poskometrik...sbb belum dpt surat lg kan

Ya belum dapat surat. Tapi unit kaunseling kami dah membiasakan inventori ini dibuat sbg wajib sejak sblm istilah psikometrik diperkenalkan dan sblm data diminta oleh KPM lagi. Jadi kami meneruskan sahaja spt tahun tahun sblm ni tanpa menunggu surat arahan.

 

Telegram Channel