16 January 2017

Kertas Kerja Bengkel Pengurusan Ketua Tingkatan Dan Penolong Ketua Tingkatan

KERTAS KERJA
BENGKEL KETUA TINGKATAN
SMK CHERAS, 2017


1.0         Pengenalan

Ketua tingkatan  merupakan entiti penting di dalam sekolah , khususnya di dalam sesebuah kelas. Peranan ketua kelas amat penting di dalam membantu guru-guru dalam pengurusan kelas. Mereka merupakan perantara antara guru-guru dan rakan-rakan sekelas. Perkara utama yang menjadi kriteria untuk dilantik menjadi ketua kelas biasanya berdasarkan kepada penampilan dan sikap kebertanggungjawaban yang ada pada murid-murid. Murid yang berpotensi ini dikenal pasti dan diberikan latihan khusus membantu guru dalam pengurusan  di kelas, pusat sumber, makmal, bengkel, tapak perhimpunan atau bilik-bilik khas. Bertanggungjawab untuk kawalan disiplin rakan-rakan sekelas. Ketua-ketua kelas perlu dibekalkan dengan kemahiran komunikasi agar penyampaian komunikasi berkesan dengan murid lain di kelas dan berkeyakinan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Selain itu, potensi mereka juga perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji dalam kalangan guru dan rakan sebaya agar dapat dijadikan contoh dan model yang berguna dalam kalangan murid memandangkan mereka adalah pemimpin sekolah. Justeru itu, Bengkel Ketua Kelas perlu dijalankan kepada ketua dan penolong ketua kelas,agar mereka dapat memuuk jati diri yang baik.Selain itu dapat mewujudkan kerjasama dan kejelekitan antara ketua dan penolong ketua kelas. maka mudah menjalankan aktiviti menolong di sekolah sebagai satu pasukan  yang bekerjasama dan bertoleransi antara mereka.

2.0         Objektif

1)    Agar ketua dan penolong ketua kelas dapat memupuk jati diri yang bagus
2)    Mewujudkan rasa kebertagunggjawaban dan sikap prihatan kepada kelas masing-masing.
3)    Mengetahui peranan dan tanggungjawab dengan lebih jelas.

3.0       Tarikh
18 Januari 2017

3.0         Tempat
Dewan Kris Mas, SMK Cheras

4.0         Ahli Jawatankuasa

Pengerusi                  : Puan Hajah Kamariah Bt Abu
                                       Pengetua
Naib Pengerusi 1     : Pn. Chong Moi Lian
                                       Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 2     : En. Raheman Bin Ahamad
                                       Penolong Kanan Petang
Setiausaha               : Pn. Rozinani Bt. Awang
Pen. Setiausaha      : Pn, Nurhaiza Bt. Chemat

AJK Kerja
BIL
AJK
TUGAS
1
AJK JEMPUTAN DAN PENDAFTARAN

Puan Salina Bt. Mohd Isa
Puan Suhaily Bt Mohd Nadzri
·                  Menyediakan surat kebenaran ibu bapa dan mengedarkan kepada ketua dan penolong ketua kelas.
·                  Mengutip kembali surat kebenaran dan mengesahkan bilangan kehadiran peserta kepada AJK Makanan dan AJK Modul
·                  Menyediakan borang pendaftaran dan memastikan semua peserta menandatangani borang pendaftaran

2
AJK BUKU PROGRAM DAN DOKUMENTASI

Pn. Raudzah Bt. A.Rahman
Puan Rozinani Bt. Awang
·                  Menyediakan buku program untuk diedarkan kepada peserta dan AJK
·                  Menyediakan borang penilaian program
·                  Menyediakan dokumentasi
·                  Menangkap gambar sepanjang program
3
AJK SIJIL

Puan Roszita Bt Md Toff
Pn. Ang Choon Ai
·                  Menyediakan sijil kepada semua peserta kursus



4
AJK PERSIAPAN TEMPAT DAN PERALATAN

Pn. Murniyati Bt Masri
Pn. Nafsah Bt. Mohd Shah



·                  Menyediakan dewan untuk program dengan mengatur kerusi meja
·                  Memastikan PA Sistem berfungsi dengan baik
5
AJK MODUL

En. Che Mohamad Padali Bin Che Mat
·                  Menyediakan modul untuk program
·                  Melatih fasilitator untuk program
6
AJK MAKANAN

Pn. Farah Hanum Bt Ramly
Pn. Faiza Bt. Mamat
·               Menentukan menu yang sesuai untuk makan pagi dan makan tengah hari
·               Memastikan makanan yang dibekalkan mencukupi




6.0       TENTATIF PROGRAM
18 Januari 2017
11.45 pagi     : Pendaftaran
12.00 tgh       : Taklimat oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid: Puan Chong Moi Lian
12.30 t/h         : Taklimat oleh Puan Nurhaiza Che Mat selaku guru kaunseling mengenai  pengurusan program Zoom In Kehadiran, program RAI Hari Jadi, program RIMUP Guru Penyayang
1.00 t/hari      : Taklimat oleh Encik Che Mohamad Padali selaku guru kaunseling mengenai peranan ketua dan penolong ketua kelas dalam menangani keselamatan dan masalah salah laku murid di dalam kelas.
1.40 t/hari      : Taklimat pengurusan kebersihan dan keceriaan kelas, disiplin kelas dan pengurusan buku kawalan kelas oleh Puan Salina Bt Mohd Isa selaku setiausaha Majlis Ketua Tingkatan
2.00 petang : Pelantikan AJK Majlis Ketua Tingkatan bagi sesi pagi dan sesi petang
2.30 petang : Penilaian program
2.45 petang : Jamuan tengah hari
3.00 petang   : Tamat

7.0       ANGGARAN BELANJAWAN
Sumber Kewangan
Sumbangan PIBG                                       =          RM         490
Perbelanjaan:
Makanan       :           RM 5   x 98 orang     =          RM         490
                                                                                    RM         490

8.0       PENUTUP
.           Diharapkan agar bengkel ketua dan penolong ketua kelas ini dapat mencapai objektif yang diharapkan dan melahirkan ketua dan penolong  yang berketrampilan.dan mempunyai jati diri yang tinggi.

Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,                             

(Pn Rozinani Bt. Awang)                                                   (Pn Kamariah Bt Abu)

 Peace begins with a smile

 









 

Telegram Channel