12 January 2017

Kertas Kerja Kem Imtiyaz Sahsiah Dan Bahasa Arab




KERTAS KERJA
KEM IMTIYAZ SAHSIAH DAN BAHASA ARAB
KELAS ALIRAN AGAMA
SMK CHERAS 2017


1. 0      PENGENALAN

            Visi memacu sistem pendidikan di Malaysia berlandaskan aspirasi terhadap sistem pendidikan dan murid di Malaysia yang merangkumi dua aspek iaitu pertama sistem pendidikan secara keseluruhan dan kedua aspirasi murid secara individu yang perlu digerakkan. Aspirasi ini akan menjadi landasan transformasi sistem pendidikan di Malaysia. Hasrat PPPM untuk mencapai enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional perlu digerakkan oleh guru yang beraspirasi. Oleh kerana itu, program ini dirangka bagi kumpulan sasaran iaitu murid kelas aliran agama yang merupakan kelas kawalan di SMK Cheras. Modul yang digunakan merangkumi enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir melalui penyelesaian masalah, kemahiran memimpin melalui daya jati diri kepimpinan sepanjang kem, kemahiran dwibahasa dengan perbualan Bahasa Arab komunikasi dan Bahasa Malaysia sepanjang kem, memupuk etika dan kerohanian dengan modul pemantapan agama dan solat sunat serta identiti nasional dalam kerja berkumpulan. Penganjur berharap agar program ini merupakan salah satu penggerak bagi mencapai aspirasi tersebut dan seterusnya memacu keberhasilan pendidikan.


2.0       OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

           2.1 Membimbing para peserta untuk memupuk kemahiran kepimpinan yang                   unggul, disiplin diri yang tinggi serta fokus kecemerlangan diri
            2.2 Memupuk nilai  etika dan kerohanian bagi meningkatkan kualiti sahsiah diri yang                    unggul                 
            2.3 Membentuk kerjasama antara sekolah, murid dan guru bagi meneruskan agenda                   kecemerlangan bukan sahaja di peringkat sekolah bahkan di peringkat yang lebih                   tinggi.

           3.0.      TARIKH          :           21 – 23 April 2017

           4.0       TEMPAT         :           Kem Blue River, Sungai Lopo, Hulu Langat, Selangor                                  
           5.0       SASARAN      :           80 orang murid lelaki dan perempuan kelas KAA



                                               
            6.0       JAWATANKUASA AKTIVITI

Pengerusi:
Pn Kamariah Bt Abu (Pengetua )

Naib Pengerusi
Puan Maznah Bt Musa (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)


Setiausaha
Pn Nurhaiza Bt Che Mat
Guru Kaunseling SMK Cheras


            Penolong Setiausaha
            Pn Hasma Zati Bt Hashim
            Penyelaras Kelas Aliran Agama

                       
          
         Jawatankuasa Kerja               

BIL
AJK
NAMA GURU

BIDANG TUGAS
1
Penyelaras
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
·        Menyediakan kertas kerja
·        Mengatur modul dan kelancaran program
·        Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa

2
AJK Pendaftaran
Pn Haslina Bt Hashim
·        Mengumpulkan borang kebenaran ibu bapa
·        Menaip senarai nama peserta program
·        Mengambil kedatangan murid sewaktu pendaftaran
·        Membuat salinan pendaftaran kepada AJK Sijil dan AJK Dokumentasi
3
AJK Penginapan/ Dokumentasi
Puan Rozinani Awang
Puan Raudzah Bt A Rahman
Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat

·        Bertugas sebagai AJK Penginapan
·        Menyediakan dokumentasi setelah program selesai
·        Mengambil gambar yang bersesuaian untuk dokumentasi


4

AJK Buku Program & Penilaian


Puan Nafsah Bt Mohd Shah

·        Menyediakan buku program
·        Menyediakan penilaian program
·        Menyerahkan penilaian program kepada AJK Dokumentasi

5

Pengangkutan


En Mohd Nasrun B Ahmad

·        Menguruskan pengangkutan pelajar pergi dan balik
·        Memastikan murid selamat balik ke rumah

6
AJK Sijil

Puan Hasma Zati Bt Hashim
·        Menyediakan sijil dan cenderahati untuk peserta


7.0       TENTATIF PROGRAM


HARI / MASA

HARI  PERTAMA
JUMAAT
21 APRIL 2017

HARI KEDUA
SABTU
22 APRIL 2017


HARI KETIGA
AHAD
23 APRIL 2017

4.00 pagi

Qiamullail

6.00 pagi

Solat Subuh/ Kuliah Subuh

Solat Subuh/ Kuliah Subuh

7.00 pagi

Istiadat Pagi
Istiadat Pagi
8.00 pagi

Sarapan Pagi/ Khidmat Diri/ Solat Sunat
Sarapan Pagi/ Khidmat Diri/ Solat Sunat
9.00  pagi

LDK 3 : Treasure Hunt
Aktiviti Membaca Dan Memahami Clue Dalam Bahasa Arab
LDK 11: Simpulan Kasih
10.00 pagi

LDK 12: Blind Trail
12.30 t/h

 Makan Tengahari / Solat Zohor
Khidmat Diri / Makan Tengahari / Solat Zohor
2.00 petang

LDK 5 : One Happy Family
Rumusan Program
2.30 petang
Pendaftaran/ Taklimat
 Majlis Penutup
3.00 petang
LDK 6 : Irama Alam
Bersurai
4.00 petang
Ketibaan peserta
Taklimat


4.30 petang

Solat Asar

5.00 petang
Solat Asar
LDK 7 : Game Station


5.30 petang
 LDK 1 : Ice Breaking / Pembentukan Kumpulan


6.30 petang
Khidmat Diri / Solat Maghrib / Makan Malam




Makan malam/Khidmat Diri/ Solat Maghrib

8.00 malam
 Dariku Untukmu
LDK 8 – Debat Parlimen
Berdebat Dalam Bahasa Arab


8.30 malam
 Ceramah : Pembentukan Jati Diri Pelajar


10.00 malam
Solat Isyak / Minum Malam
Solat Isyak / Minum Malam

10.30 malam
LDK 2 : Meditasi
LDK 9 ; Kapal Karam

11.30 malam
Night Walk


12.30 pagi
Tidur
Tidur













8.0       SUMBER KEWANGAN
           
BIL
PERKARA
JUMLAH
1
Yuran program
RM 70 x 80 orang = RM 5,600
2
PIBG
RM 1,000
3.
Koperasi
RM    800
4.
Yayasan Pendidikan Cheras
RM 1,000
5
Kokurikulum
RM 1,000

Jumlah
RM 8,000


            ANGGARAN PERBELANJAAN
           
BIL
PERKARA
JUMLAH
1
    RM   105 X 80 orang
RM 8,400
2
    RM    500 x 2 bas
RM 1,000
3.



Jumlah
RM 9,400




9.0       PENUTUP

Program ini diharapkan dapat membentuk sikap positif dalam kalangan murid dan dapat mendorong pelajar untuk lebih bermotivasi dalam mencapai kecemerlangan diri serta membentuk perubahan sahsiah murid ke arah yang lebih baik untuk menjadi insan yang unggul. Program ini juga diharapkan dapat membantu diri murid untuk membentuk jati diri  yang tinggi dan bersedia menghadapi cabaran.



Disediakan oleh :                                                                              Diluluskan oleh,    
                              
                                                
Puan Nurhaiza Bt Che Mat                                                              Puan Kamariah Bt Abu                                                       
Guru Kaunseling                                                                             Pengetua
SMK Cheras                                                                                  SMK Cheras


 A smile is the beginning of peace


 

Telegram Channel