KERTAS KERJA
PROJEK MENAIKTARAF JARINGAN
INTERNET BILIK KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS
1.0 PENGENALAN
Unit Kaunseling SMK Cheras merupakan unit kaunseling sekolah yang dikenali di Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur malahan di peringkat kebangsaan
sebagai model bilik kaunseling abad ke 21 pada tahun 2016. Sebagai satu-satunya
sekolah perintis dalam perkhidmatan kaunseling menggunakan kaedah abad ke 21 di Malaysia. Usaha ini dijalankan dengan
pembelian computer menggunakan kos yang dibiayai melalui dana sekolah dan inisiatif
tajaan dari PIBG dan agensi luar. Bagi tahun 2017, Unit Bimbingan Kaunseling ingin
membuat perubahan pada jaringan internet bilik kaunseling agar lebih cepat dan
mudah dicapai, sesuai dengan watak dan kriteria di bilik kaunseling abad ke 21.
Unit Kaunseling berharap dengan adanya penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan
di bilik kaunseling, maka inovasi sistem maklumat perkhidmatan kaunseling yang
memenangi pingat emas pada pertandingan Inovasi Bahagian Psikologi Kaunseling Kebangsaan
dapat digunakan dengan efisien. Bukan sahaja guru kaunseling memperolehi
manfaatnya malahan warga SMK Cheras juga turut menggunakan intervensi
perkhidmatan kaunseling melalui e-klien, e – psikometrik, e- parent dan e-guru.
2.0 OBJEKTIF
1)
Agar dapat menaiktaraf internet sesuai
dengan unit kaunseling abad ke 21
2) Agar dapat menggunakan inovasi sistem maklumat perkhidmatan
kaunseling dengan lebih efisien
3.0 TARIKH
NAIK TARAF
2 Februari 2017
4.0 AHLI
JAWATANKUASA
Pengerusi : Puan
Kamariah Bt Abu (Pengetua)
Naib Pengerusi : Pn Chong Moi Lian
Setiausaha : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK : Puan Raudzah Bt A.Rahman
: Puan Rozinani Bt Awang
: Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat
5.0 ANGGARAN
KEWANGAN
Sumber Kewangan
PIBG RM 1,000
Jumlah RM 1,000
Perbelanjaan
Perkakas hardware komputer dan
internet RM 1,000
Jumlah RM
1,000
6.0 PENUTUP
Semoga projek ini diluluskan
dan inovasi ini dapat digunakan secara efisien.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
(Nurhaiza Bt Che Mat) (Kamariah
Bt Abu)
The secret of your success
Is found in your daily routine
2 comments
boleh kongsikan e psikometrik sek rendah?
Maaf. Saya ada epsikometrik sekolah menengah sahaja