16 January 2017

Kertas Kerja RIMUP Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Sekolah 2017


Saya share kertas kerja selaku penyelaras Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan Bagi Sambutan Perayaan.


KERTAS KERJA
 RIMUP SAMBUTAN 
 TAHUN BARU CINA
PERINGKAT SEKOLAH

1.0          PENGENALAN

          Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan program yang dilaksanakan bagi melibatkan semua kaum di sekolah. Bagi SMK Cheras yang mempunyai peratus kaum Cina lebih kurang 48% , Melayu 50% dan pelajar India 2% program RIMUP amat penting untuk dilaksanakan. Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil inisiatif untuk mengadakan program sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah dalam suasana masih menyambut Tahun Baru Cina  untuk diraikan oleh semua warga sekolah di peringkat staf sekolah, murid sekolah dan guru sekolah.  Sambutan Tahun Baru Cina dan program Guru Penyayang yang dijalankan agar amalan guru penyayang membudayakan sikap kasih sayang di sekolah melalui aktiviti yang dilaksanakan seperti sesi ramah mesra, sesi makan bersama dan meraikan sambutan perayaan murid. Aktiviti kebudayaan pelbagai kaum juga diadakan seperti persembahan muzik Melayu, Cina dan India dari wakil kelab dan persatuan sebagai persembahan selingan untuk pertandingan persembahan yang diadakan. Oleh itu semangat hidup bersama –sama dalam sebuah masyarakat majmuk di samping hormat menghormati perlu dipupuk walau di bangku sekolah lagi agar para pelajar dapat menghormati kaum lain dalam hidup bermasyarakat.

2.0     OBJEKTIF
            1) Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-
menghormati antara pelbagai budaya di sekolah.
2) Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama
lain walaupun berlainan agama dan bangsa.
3) Menerapkan integarasi kaum dalam hidup bermasyarakat

2.0          TARIKH  : 8 Februari 2017

3.0          TEMPAT :  Dewan Sekolah



4.0          AHLI JAWATANKUASA

          Pengerusi               :         Puan Kamariah Bt Abu
          Timbalan Pengerusi:       Puan Maznah Bt Musa
          Naib Pengerusi      :         Cik Lee Swee Ching
                                                   Puan Chong Moi Lan
                                                  Encik Raheman Ahmad                                  
          Setiausaha              :        Puan Nurhaiza Bt Che Mat
          Naib Setiausaha     :        Puan Raudzah Bt Ab Rahman

1
AJK Makanan

Puan Aziyanti Bt Abu Khanipah
Puan Sharihan Bt Shaari
1.      Membantu pengagihan makanan
2.      Membuat tempahan makanan
 2
AJK Buku Program
        
En Che Mohamad Padali B Che Mat                                  
1.      Membuat buku program
3
AJK Dokumentasi

Puan Rozinani Bt Awang

1.      Mengumpul semua maklumat dan gambar yang diperlukan
2.      Membukukan maklumat dan gambar yang terpilih
3.      Menilai majlis yang telah dijalankan dengan menggunakan borang yang disediakan
4.      Mengambil gambar sepanjang program
4
AJK Persembahan

Cik Wong Mun Yee
Pn Umi Salbiah Bt Abdul Rahman
Ustazah Tahabian Bt Abdul Rahman
1.        Merancang persembahan murid untuk pelbagai kaum
5
Pengurus Acara

Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Puan Raudzah Bt Ab Rahman
1.        Agar dapat merancang program berjalan dengan baik
6
AJK Siaraya

En Balasegar a/l Muniandy

1.        Memastikan penggunaan PA Sistem yang baik




5.0          TENTATIF PROGRAM

Murid sesi pagi:

1.30 petang                 : Pendaftaran
                                                : Berkumpul di stesen perjumpaan masing – masing
            : Pengerusi mengira kehadiran ahli kumpulan dan mengambil
              makanan dari koperasi
1.50 petang                  : Bergerak ke dewan
            2.00 petang                 : Persembahan kebudayaan
            3.00 petang                 : Bersurai

         
Murid sesi petang:

10.30 pagi                   : Pendaftaran
                                                : Berkumpul di stesen perjumpaan masing – masing
            : Pengerusi mengira kehadiran ahli kumpulan dan mengambil
              makanan dari koperasi
10.55 pagi                    : Bergerak ke dewan
            11.00 pagi                   : Persembahan kebudayaan
            12.00 t/hari                  : Bersurai


7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN
         
          Sumber Pendapatan :

           Koperasi                      RM 2  x  1,000 orang              = RM 2,000

Perbelanjaan
          Biskut                     RM 2  x 1,000 orang      = RM 2,000




                                                    
8.0     PENUTUP
          
Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan seterusnya menggalakkan integrasi murid untuk
perpaduan dalam kalangan pelajar.

Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,


(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Kamariah Bt Abu)


Hidup adalah satu anugerah
Menegakkan kemanusiaan ialah pilihan kita






 

Telegram Channel