15 January 2017

Kursus LDP: Bengkel Pengurusan Sukan Dan Kokurikulum


Ye pakej 2 dalam 1 untuk saya selaku guru kaunseling sbg penyelaras untuk menguruskan bengkel kokurikulum murid dan dalam masa yg sama selaku AJK Latihan Dalam Perkhidmatan. Membuat dua kertas kerja yg berbeza dgn berbeza AJK Kerja dan sasarannya. 


Seawal pagi diadakan senamrobik dan kemudian berpanas di padang untuk acara sukan bagi mempelajari teknik yg betul untuk bersukan. Guru diagihkan kpd 5 buah rumah sukan yg berbeza dan mempelajari acara melompat jauh, lompat tinggi, lempar lembing, baling cakera dan lontar peluru. 

Saya hanya mampu mengintai dari celah celah dewan huhuhu kerana menguruskan bengkel murid. Waaaa.....syoknya acara padang. Saya mencuri masa sekejap untuk snap pic selain dari ihsan gambar gambar dari cikgu lain sewaktu Padali menjalankan ice breaking di dewan. Selesai aktiviti di padang , rehat dan diteruskan bengkel kokurikulum bersama murid. Guru kaunseling selaku fasilitator yg telah melatih murid pada bengkel sblm rehat dan slot bersama guru penasihat dgn AJK Murid lebih kpd merancang aktiviti tahunan. 
Program berjalan dgn lancar dan mendapat input berguna. 

Happy weekend 
Cooking is a simple powerful therapy
 

Telegram Channel