6 January 2017

Aliran Selepas PT3 : PVMA Pendidikan Vokasional Menengah Atas





 Hari ini taklimat mengenai kelas aliran PVMA oleh guru kelas PVMA penyajian makanan Puan Khairul Akhmar yang menjadi tenaga pengajar bagi subjek ini di sekolah. Selepas slot Pn Khairul mengenai subjek PVMA dengan khusus, barulah saya menerangkan mengenai halatuju kelas PVMA ini dan dimanakah haluan murid selepas mengikuti kelas ini. Sasaran kami kepada murid dari kelas aliran perniagaan dan seni serta kelas Mata Pelajaran Vokasional (MPV) agar dapat menarik dan memberikan input yang betul kepada murid ini. Subjek PVMA ini diadakan di sekolah menengah harian biasa alternatif kpd murid yg berminat dgn kelas vokasional tetapi tidak mendapat tempat di kolej vokasional atau murid yg berminat dgn aliran vokasional tetapi tidak berminat tinggal di asrama atau sekolah yg jauh jaraknya dari rumah.

 Entri blog saya mengenai halatuju selepas PT3 hit selepas keputusan diumumkan dengan pelbagai pertanyaan mengenai pakej tingkatan 4 hingga sekarang masih lagi ada pertanyaan . Hasil dari pertanyaan dengan whatsapp group, email dan sebagainya, saya membuat kesimpulan bahawa subjek ini kurang disedari dan difahami oleh orang ramai. Murid ni unik. Ada yg cemerlang akademik dan ada yg cemerlang kemahiran. Yg penting tau halatuju masing masing. Course ini berbaloi untuk murid yg kurang memuaskan dalam aliran perdana akademik dan berpotensi keciciran dlm SPM tetapi boleh lulus dan berjaya di ting 5 dlm bidang PVMA mereka.. hasil dari tenaga pengajar yg membantu mengembangkan potensi diri murid ini dgn bimbingan mengikut tahap keupayaan murid. Ya..jalan hidup yg berbeza dgn murid lain  tapi matlamat yg sama untuk mendapat pengiktirafan profesionalisme bagi meneruskan ilmu ke peringkat yg lebih tinggi.

Aliran ini mempunyai kelebihannnya tersendiri untuk sasaran yang BETUL. Manusia itu unik, Ada yang memang terang hati dan cemerlang akademiknya, ada yang sekadar memuaskan sahaja tetapi masih lagi mendapat result C ke atas untuk semua subjek, ada yang mendapat C, D, E dan gagal. Ada yang tidak menguasai subjek sama ada dari gred atau band PBSnya yang dibawah band 4. Jadi disinilah murid dan ibu bapa perlu faham kenapakah aliran ini sesuai untuk individu A dan tidak sesuai untuk individu B. PVMA ini juga diberikan jolokan kelas takda SPM yang menyebabkan murid malahan ibu bapa panik untuk tidak mengizinkan anak mereka ke sini tanpa memahami dengan tepat mengapa? kenapa?

 Sebelum menerangkan lebih lanjut dari sudut pandangan saya sebagai guru kaunseling kita rujuk objektif dari KPM sendiri:

PVMA merupakan aliran selepas PT3 yang diwujudkan dengan matlamat menyediakan modal insan berkemahiran bekerja dan sedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif khusus untuk pilihan selain aliran perdana yang sesuai untuk 

1) Menjadi aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain aliran perdana sedia ada, sesuai dengan murid berisiko untuk tercicir, serta boleh menimbulkan minat belajar  “hands-onyang berterusan.
( syarat untuk  masuk aliran ini ialah pandai membaca dan menulis serta menguasai 3M. Syarat yang sangat asas..Tidak seperti aliran lain yang mempunyai syarat khusus untuk gred subjek tertentu. Oleh  kerana itu murid kelas ini yang biasanya memperolehi gred D, E gagal yang lebih banyak dalam slip mereka berbanding C/B/A).Murid  ini menguasai subjek akademik yang minimum. Oleh itu subjek PVMA ini diperkenalkan dgn silibus yang lebih mudah berbanding aliran perdana. Dgn belajar 3 subjek SPM sahaja iaitu BM, BI, Sejarah ,2 subjek MPAK iaitu Math dan Pendidikan Islam yang mana silibusnya lebih mudah dari aliran perdana dan bukan setaraf SPM serta kerja -kerja vokasional untuk mendapatkan sijil kemahiran malaysia tahap 1 dan tahap 2 dalam umur 17 tahun lagi ! Oleh kerana itulah subjek PVMA ini banyak aktiviti hands-on sesuatu yang menggunakan fizikal. Oleh kerana itulah ia sesuai untuk murid berisiko tercicir kerana beban akademik 8 subjek di SPM akan menyebabkan murid ini berpotensi gagal. Tetapi jika di kelas PVMA, murid ini akan tetap mendapat Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1 dan 2 walaupun jika dia gagal dalam 3 subjek SPM tersebut. Namun jika dia lulus, dia akan mendapat sijil SPM 3 subjek tersebut, pernyataan MPAK dan SKM sekaligus. Jika murid aliran perdana gagal atau hanya mendapat 3 kredit SPM biasanya murid ini juga akan menceburi kemahiran tahap 1. Tetapi murid PVMA akan terus ke skm tahap 3 dan tahap 4 selepas tamat tingkatan 5 di institusi terpilih.



2) Menggilap potensi keupayaan belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberi kemahiran asas dan kemahiran spesifik pekerjaan yang dituntut oleh majikan dan industri.
 ( Murid PVMA akan melalui kurikulum hands-on yang menarik yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang diperlukan oleh industri. Ada murid yang memang tertarik dgn subjek vokasional, walaupun mereka mempunyai gred PT3 yang lebih baik seperti kombinasi C/B untuk beberapa subjek tetapi mereka ingin laluan PVMA kerana subjek akademik yang tidak membebankan dan yang paling penting mereka berminat dan bercita -cita untuk berkerjaya dalam bidang PVMA tersebut)

3)Menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karektor yang mantap supaya murid dapat menyediakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan
( Dengan perjumpaan 24 masa seminggu bersama tenaga pengajar mereka,mereka diajar teori dan praktikal subjek tersebut. Dari aktiviti amali yang dijalankan, ia akan membentuk sahsiah dan karektor ingin mencuba, cuba jaya, berdaya saing dan bekerja dalam kumpulan unpama sebuah organisasi)

4) Memberi pendedahan dan bimbingan kepada murid untuk menjadikan mereka kritis, kreafif dan inovasi serta boleh membuat keputusan dan mencorakkan masa depan.
( dari tugasan yang diberikan, tenaga pengajar akan membimbing menjalankan projek dan tugasan yang perlu disiapkan akan diolah oleh murid dengan kreativiti mereka sendiri untuk menjadikannya realiti )

5)Menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga.

 ( murid diberikan projek memasarkan idea dan hasil kreativiti mereka dan mereka belajar bagaimana ingin memasarkan produk mereka)

 Klik link di bawah



 Orait mari kita intai halatuju kelas PVMA ini
Selepas tamat tingkatan 5 , mereka boleh bekerja kerana memiliki SKM tahap 1 dan 2 yang melayakkan mereka diiktiraf dalam bidang vokasional tersebut. 

Ataupun menyambung skm tahap 3 dan 4 di Institut Latihan Kemahiran Awam, Institut Latihan Kemahiran Swasta, kolej komuniti, politeknik dengan kelulusan sijil setara SPM untuk subjek BM / Sejarah dan BI tadi.

Kemudian jika hingga tahap diploma kemahiran , mereka perlu bekerja selama  2 tahun iaitu memperolehi pengalaman pekerjaan sekurang-kurangnya hingga mereka berumur 21 tahun dan mendapat sijil APEL yang merupakan proses pengkreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu dari MQA. Jika ada yang ingin memohon terus ke IPT, perlu lulus kesetaraan sijil SPM yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan , KPM dan syarat syarat kusus yang lain.


Oleh itu, aliran PVMA ini sangat berbaloi untuk murid yang agak lemah atau sederhana pencapaian akademiknya tetapi mempunyai bakat dan kemahiran yang boleh membawanya untuk berdiri sendiri dan berjaya dalam bidangnya yang tersendiri.


What defines us is how well we rise after falling




22 comments

Assalamualaikum kaunselor...anak sy mengambil spm aliran pvma thun ini...di mana sy blh dptkn bhn2 rujukn utk sabjek2 Asas spt bm, bi , sejarah Dan math sebagai bhn ulangkaji utk spm nanti

Salam puan
Memandangkan subjek BM BI dan Sejarah ialah setara SPM maka buku rujukan sepwrti murid kelas aliran perdana. Memandangkan murid pvma adalah calon sulung ting 5 thn ni, maka peten soalan belum boleh dapat dianalisis dan mmg tidak byk rujukan untuk subjek math dan agama mpak tersebut. Oleh itu, puan boleh refer pada silibus bukunya dan skip silibus yg tidak dipelajarinya pada buku rujukan math aliran perdana.

Salam.. utk soalan mpak puan bole rujuk di laman lp.. disitu ada format utk soalan mpak iaitu matematik, p.islam

Terima kasih En Faizal atas info yg diberikan

Sye skrg masuk aliran pvma pembuatan dan penyajian makanan..skrg sye nk tnye leps spm nnti boleh ke
Sye nk jdi cikgu pvma dlm aliran pembuatan dan penyajian makanan??
Mcm mne sye nk jdi guru pvma??
Kerana cite2 sye nk jdi guru pvma

cikgu, saya letakkan link entri cikgu ini, di entri blog saya. terima kasih ;)

https://akuseorangkaunselor.blogspot.my/2017/12/senarai-sekolah-yang-menawarkan-program.html

anak saya dalam dilema untuk meneruskan ting 4 pvma kerana mengikut senior spm 2016 dan 2017 mereka tak periksa pun skm dan sampai sekarang tiada pun sijil skm kerana sekolah tidak lulus syarat penganugerahan skm

Salam En Naim
Betulla seperti yg anak tuan katakan. Dilemma sekolah sekolah pvma di sekolah menengah harian biasa krn berkaitan dgn prosedur teknikal . Sekolah pun baru dimaklumkan pada awal tahun ini mengenai masalah tersebut untuk senior pvma.

Asalamualaikum...cikgu..betulkan skrg semua sekolah di malaysia yg terlibat program PVMA tertangguh..sbb saya pun masih tidak buat sijil SKM...walaupun saya batch pertama dlm program PVMA..cikgu kata akibat pusat pertauliahan belum dpt..menyebabkan semua aktiviti sukar..

Waalaikummussalam
Ya Aiman..surat kpd sekolah yg mempunyai kelas PVMA mengenai arahan penangguhan kpd kelas pvma ting 4.

Salam cikgu,
Apa yg saya perlu buat untuk anak saya yang tahun ini akan menduduki spm (pvma). Adakah tahun ini juga tiada peperiksaan skm?

Penuntut pvma ting 5 tahun ini, difahamkan akan mengambil peperiksaan skm. Penangguhan kpd murid pvma ting 4 skrg yg akan ditangguhkan beberapa tahun sehingga info terkini dikeluarkan. Hanya ada beberapa pvma di sekolah yg terpilih masih meneruskan pvma ini kerana diiktiraf untuk penarafan skm.

Sudah byk sekolah aliran pvma yg telah ditauliahkan sbg pbc.pihak atasan sudah cuba mengatasi masalah itu

Terima kasih atas maklumat. Ibu bapa yg berminat menghantar anak ke pvma boleh mendapatkan surat pentauliahan pvma utk sekolah sekolah yg menawarkan kursus pvma untuk lebih menyakinkan kesahihannya. Ini kerana ada sekolah yg telah mendapat pentauliahan dan ada yg masih belum mendapat pentauliahan untuk sesi 2019.

Salam, Cikgu.

Adakah SMK Cheras masih lagi meneruskan aliran PVMA (penyediaan makanan)?

Adakah pelajar-pelajar PVMA boleh memohon meneruskan pembelajaran ke kolej vokasional selepas tamat tingkatan 5?

Adakah keputusan PVMA (penyediaan makanan) tahun lepas (2018) memang lambat diterima dan menyukarkan bagi pelajar untuk mengisi UPUOnline.

Salam tuan

1} SMK Cheras menawarkan PVMA setelah menghentikannya seketika untuk tahun 2018 Tingkatan 4 dan murid itu sekarang di ting 5 mengambil SPM calon 2019. Bagi tahun 2019 murid ting 4 ditawarkan semula PVMA setelah mendapat surat pengesahan dari Bahagian yang menguruskan PVMA dan merupakan satu satunya sekolah di WPKL yang mendapat surat kelulusan tersebut yang membolehkan kami beroperasi kembali
2} Kolej vok menawarkan kursus sewaktu di ting 4 lagi iaitu berumur 16 tahun hingga taraf kemahiran tahap 3. Oleh itu murid PVMA yang berumur 18 tahun tidak dapat menyambung ke KV.
3}Ya benar mereka tidak menerima keputusan lagi

Salam puan nak tanya contoh lah anak saya masuk kelas aliran pvma lepas SPM boleh kah mereka kerja di kerajaan contohnya polis,cikgu
Kedoktoran andai kata keputusan mereka dapat keputusan terbaik

Salam puan, aliran PVMA ini ialah aliran yang menjurus kepada vokasional. dan hanya boleh menyambung di aliran vokasional selepas SPM kerana pakej mata pelajaran yang diterima untuk merit ke aliran yang puan nyatakan itu tidak mencukupi.

INGIN MENYAMBUNG BELAJAR KE *TAHAP* *3*
MINAT BIDANG KEMAHIRAN??

TETAPI TIDAK TAHU HENDAK KE MANA??

JOM SERTAI KAMI DI *PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN IKHTISAS*

APA YANG KAMI ADA??

KURSUS DIDALAM
πŸ‘©πŸ»‍🍳BIDANG KULINARIπŸ‘¨‍🍳 ( *KURSUS PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN TAHAP 3* )

*Anda akan memiliki sijil kemahiran Malaysia(SKM) TAHAP 3
*Dengan SKM anda juga berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang DIPLOMA DAN IJAZAH
*Anda juga layak untuk bekerja di dalam industri perhotelan.

APA TUNGGU LAGI SERTAI KAMI SEKARANG!!!!!

PENGAMBILAN SEDANG DIBUKA BAGI SESI *APRIL* *2021* !!

JOM DAFTAR SEKARANG❗❗❗❗

*SYARAT KELAYAKAN*
1. Lepasan *SKM* *2* (HT 012-2: 2012)
2. Boleh membaca dan menulis dengan baik
3. Warganegara Malaysia
4. Berumur 16 - 45 tahun

*KELEBIHAN MENYERTAI KAMI*

➡️ SIJIL DI ANUGERAHKAN OLEH *JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN*
DI BAWAH *KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA*

➡️ Pinjaman PTPK DISEDIAKAN ❗❗❗

➡️ TEMPOH PENGAJIAN
*12 BULAN*

➡️ 🏘 HOSTEL DISEDIAKAN

➡️ ELAUN SARA Diri DIBAWAH PINJAMAN PTPK DISEDIAKAN

➡️ πŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’ΈYURAN PENDAFTARAN RM150 SAHAJA

MARI REBUTKAN PELUANG KEEMASAN INI❗❗❗

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran segera boleh hubungi kami.

*Pusat Latihan Kemahiran Ikhtisas*
No 103-2(1st floor), Jalan haruan 5/4, Oakland commerce Square, 70300 Seremban, Negeri sembilan

atau terus whatsapp/telegram kami
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

▶️http://www.wasap.my/+60196635250/

Untuk maklumat lebih lanjut, layari website kami.
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

www.ikhtisasedu.com (Permohonan secara online diterima)

Atau email kepada kami diπŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
pusatlki@hotmail.com


*JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA UNTUK CUNGKIL BAKAT ANDA BERSAMA KAMIπŸ˜‡πŸ˜‡

Assalamualaikum, cikgu. Saya sekarang berumur 17 tahun dan sudah masuk 2 tahun belajar dalam bidang PVMA dari skolah kami, saya mahu bertanya berkaitan HALA TUJU ALIRAN INI.. saya sedikit kurang faham.. kerana saya ikutkan mahu membuka pusat spa facial tetapi saya tertanya² boleh ke saya membuka spa dengan hanya menggunakan sijil SKM TAHAP 2 ? Ataupun kena dapatkan diploma dahulu? Baru boleh membuka pusat spa.. dan lagi satu..soalan yang ke dua ialah. Nak jadi beautician ni harus ada diploma bidang kemahiran ke? Ataupun boleh je pakai sijil SKM tahap 2? Dan bagaimana mahu menjadi beautician dari bidang PVMA ni? Sy nak tanya cikgu saya. Tapi segan Lee..dia garang hehe.. takut dia kata saya susah nk faham benda simple.. garang orangnye..tacod

Dapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Kulinari Melalui Pengalaman Kerja (SKM - Secara Ppt Amali)


INGIN MENYAMBUNG BELAJAR , TETAPI SEDANG BEKERJA
KEKANGAN MASA , TETAPI INGINKAN PEMBANGUNAN KERJAYA.

                 DAPATKAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 2 DAN 3
                 TANPA HADIR KE KELAS ATAU LATIHAN SEPENUH MASA.

JOM SERTAI KAMI DI PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN IKHTISAS
KURSUS PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN TAHAP 2 DAN 3 (Penilaian Amali secara PPT)


SYARAT KELAYAKAN
1. Berumur 17 tahun dan ke atas.
2. Sedang bekerja dalam sektor pembuatan dan penyediaan makanan.
3. Memiliki pengalaman kerja lebih dari 2 tahun.


APAKAH FAEDAH MEMILIKI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 2 DAN 3 (secara PPT)

✅Berpeluang mendapat pengiktirafan dan memberi keupayaan serta motivasi untuk memajukan diri.

✅ Jimatkan masa -tidak perlu hadir untuk kelas atau latihan sepenuh masa.

✅Kenaikan pangkat - demi pembangunan kerjaya.

✅Jimat Yuran Kursus.

✅Berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang TVET.

✅Layak untuk bekerja bahagian pengeluaran atau penyeliaan di dalam industri perhotelan.




APA TUNGGU LAGI SERTAI KAMI SEKARANG!!!!!
PENGAMBILAN SEDANG DIBUKA BAGI SESI FEBRUARI 2023 !!

JOM DAFTAR SEKARANG❗❗❗❗TERHAD KEPADA 15 ORANG PESERTA SAHAJA.




KELEBIHAN MENYERTAI KAMI
➡️ SIJIL DI ANUGERAHKAN OLEH *JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN DI BAWAH *KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
➡️ YURAN KURSUS YANG BERPATUTAN
➡️ πŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’ΈYURAN PERMOHONAN PERCUMA

REBUT PELUANG KEEMASAN INI❗❗❗

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran segera boleh hubungi kami.

Pusat Latihan Kemahiran Ikhtisas
No 103-2(1st floor), Jalan haruan 5/4,
Oakland commerce Square,
70300 Seremban, Negeri sembilan

Pej:- 06-631 2517


atau terus whatsapp/telegram kami
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

▶️http://www.wasap.my/+60196635250/

Untuk maklumat lebih lanjut, layari website kami.
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
www.ikhtisasedu.com (Permohonan secara online diterima)

Atau email kepada kami diπŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
pusatlki@hotmail.com



JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA UNTUK MEMILIKI SKM TAHAP 2 dan 3 BERSAMA KAMIπŸ˜‡πŸ˜‡ DALAM TEMPOH WAKTU SINGKAT.


 

Telegram Channel