28 February 2017

 Set DASS-Gaya Daya Tindak-Soal Selidik Masalah

Set DASS-Gaya Daya Tindak-Soal Selidik Masalah



Hari ini kami mengadakan saringan Minda Sihat 1 kepada semua murid ting 4. Tahun ini Padali memperkenalkan e- psikometrik iaitu dgn klik psikometrik sahaja dan terus ke ujian minda sihat maka murid perlu menjawab 3 pakej set soal selidik iaitu saringan DASS untuk mengenalpasti tahap stress, anxiety atau depress dan Gaya Daya Tindak bagi mengenalpasti cara murid coping dgn masalah dan Soal Selidik Permasalahan Pelajar di mana kami dapat mengenalpasti masalah utama murid mengikut kategori masalah iaitu masalah diri sendiri, rakan, guru dan keluarga. Dengan ini intervensi dapat dijalankan melalui kaunseling kelompok kategori masalah. Sesi kaunseling individu juga dijalankan dgn merujuk satu helai result skor ini. Skor akan dihantar ke email murid dalam bentuk satu muka surat yg menyatakan skor untuk 3 soal selidik itu tadi dgn rujukan tafsiran skor dinyatakan. 

Menariknya pakej sistem ini ialah murid dapat menjawab 15 minit hingga 25 minit sahaja ketiga tiga soal selidik ini dan menerima.skor. Maka intervensi boleh terus dijalankan. Skor ini juga akan automatik masuk dalam format data Ujian DASS dan Gaya Daya Tindak seperti format penghantaran data KPM. Mulai tahun lepas, soal selidik permasalahan murid juga perlu dikenalpasti. 

Artikel jurnal ?
Dare to grab








27 February 2017

Kertas Kerja Bengkel PRS Tahap Bongsu

Kertas Kerja Bengkel PRS Tahap Bongsu

1.O      PENGENALAN
Pembimbing Rakan Sebaya merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan di bawah Unit Bimbingan Dan Kaunseling untuk membantu murid di sekolah dari aspek  disiplin dan masalah sosial. Seramai lebih kurang 73 orang ahli pembimbing rakan sebaya dari sesi pagi dan petang telah menyertai unit ini dibawah bimbingan Puan Nurhaiza Bt Che Mat, En Che Mohamad Padali Bin Che Mat, Puan Rozinani Bt Awang dan Puan Raudzah Bt Ab Rahman. Pembimbing Rakan Sebaya perlu menghadiri Bengkel Pembimbing Rakan Sebaya untuk mendedahkan ahli-ahli tentang asas komunikasi bagi membimbing rakan-rakan yang memerlukan bimbingan dan kaunseling. Projek ini dijalankan bertujuan mengajar ali Pembimbing Rakan Sebaya untuk lebih berani dan cekap dalam menguruskan dan mengetuai sebarang kem dan kursus anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Melalui projek ini,ahli Pembimbing Rakan Sebaya dapat mengetahui cara-cara untuk melakukan ice-breaking, latihan dalam kumpulan (LDK) dan membimbing rakan sebaya yang mempunyai masalah tetapi segan untuk bertemu guru. Seterusnya, PRS dapat menambahkan keyakinan diri untuk menguruskan program sekolah.

2.0       OBJEKTIF:
1) Agar ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya dapat meningkatkan ilmu profesionalisme.
2) Agar ahli- ahli Pembimbing Rakan Sebaya   lebih mahir mengenai tugasan yang akan   dijalankan

3.0       TARIKH/MASA:
25 Febuari 2017 (Sabtu)

4.0       TEMPAT:
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Kuala Lumpur

5.0       AHLI JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi: Puan Kamariah Bt. Abu
Naib Pengerusi: Puan Chong Moi Lian
Setiausaha: Puan Nurhaiza Bt. Che Mat


AHLI JAWATANKUASA:
Pengerusi: Muhammad Azri B. Abdullah
AJK Pendaftaran: Nur Hasanah Bt. Abu Bakar
AJK Makanan: Ainur Aizeah Bt. Azman Husni
Fasilatator: 1) Muhammad Aliff
                  2)Muhammad Aiman Aliff
                  3) Alia Nur Syuhada
                  4) Atiqah Irdina
                  5) Nur Carmila Zulaikha

6.0 AKTIVITI
7:30-8:00 – Pendaftaran
8:00-9;00 – Ice Breaking
9:00-9:30 – SLOT 1 : Pengenalan PRS Bongsu ( Puan Raudzah Bt Ab Rahman)
                                    Pengenalan PRS Muda  ( Puan Nurhaiza Bt Che Mat)
9:30-10:00 – Rehat
10:00-10:40 – SLOT 2: Konsep Kendiri (Logo Diri)
10;40-11:20 – SLOT 3: Kemahiran Asas Kaunseling: PRS Bongsu
                                       Kemahiran Kaunseling Lanjutan: PRS Muda 
11:20-11:50 – SLOT 4: Kemahiran Komunikasi : PRS Bongsu
                                       Kemahiran Pengucapan Awam : PRS Muda
11:50-1.30 t/hari          : Ceramah Kepimpinan oleh MSU
1:30 t/hari                    : Bersurai


7.0       ANGGARAN PEMBELAJAAN
Sumber Kewangan
PCG Unit Bimbingan Kaunseling                                          =  RM 400
Perbelanjaan
Makanan                     RM 5.00 x  50 Orang      =  RM 250
Hamper                       RM 30    x  5 kumpulan  = RM  150   = RM 400




Disediakan:                                                                             Diluluskan:

________________________                                                __________________________
Nurhaiza Bt Che Mat                                                          Kamariah Bt Abu
Guru Kaunseling                                                                 Pengetua



 Balik kampung..huhu..happy holiday


26 February 2017

Amalan Terbaik Pembimbing Rakan Sebaya : Simposium PRS Kebangsaan

Amalan Terbaik Pembimbing Rakan Sebaya : Simposium PRS Kebangsaan



Pada 20 Februari hingga 23 Februari 2017 yang lalu, PRS Bestari sekolah telah terpilih untuk mewakili sekolah  dalam Simposium PRS Kebangsaan di Kem Princess Heliza, Sepang, Selangor.
UBK telah menghantar pengerusi PRS Muhammad Azri Bin Abdullah untuk menghadiri simposium ini. Pihak Unit Hal Ehwal Murid JPWPKL pula telah memilih PRS SMK Cheras bagi mewakili Kuala Lumpur dalam pembentangan amalan terbaik PRS di sekolah.

Saya share di sini amalan terbaik PRS sekolah kami sebagai rujukan. Saya percaya semua sekolah menggerakkan PRS dengan cara yang kreatif dan aktif. Boleh share dengan saya bagi mana-mana guru kaunseling yang berminat untuk membantu memberikan idea kepada guru -guru kaunseling lain bagaimana menggerakkan PRS di sekolah anda dengan cara yang berkesan membantu UBK dalam projek sekolah.

Klik pada link di bawah untuk melihat aktiviti yang menjadi amalan PRS di sekolah yang telah dibentangkan oleh Pengerusi PRS di Simposium PRS Kebangsaan.
slaid power point amalan terbaik PRS 




Reminder to renew 

lesen lembaga Kaunselor
expired by 25-2-2017..ahaks











25 February 2017

Projek PRS Bestari: Mengendalikan Bengkel Kepimpinan

Projek PRS Bestari: Mengendalikan Bengkel Kepimpinan

Hari ini UBK menganjurkan Kursus Kepimpinan. Kursus ini melibatkan 4 AJK yg utama iaitu pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, koperasi dan PRS. Yg menariknya saya wrap projek menjadi program sehari dgn 4 badan utama ini berada di stesen masing masing. Program ini disub kepada PRS Bestari Ting 5 yg menjadi mastermind seawal membuat kertas kerja untuk 3 program kepimpinan iaitu pengawas, pengawas pusat sumber dan koperasi sekolah hasil coaching saya kpd mereka sewaktu bengkel membuat kertas kerja kpd AJK Kokurikulum awal Februari lepas. Manakala ice breaking dipelajari hasil coaching Cikgu Padali kepada mereka sewaktu Kursus PRS  Tahap Sulung tahun lepas. Cara mengendalikan LDK telah dibimbing dalam perjumpaan.
3 modul yg berbeza dibina untuk pengawas, pengawas pusat sumber dan PRS. Terdapat 7 PRS Bestari dalam badan pengawas sekolah terutama AJK Tertingginya dan kami membentuk modul ice breaking, modul pengurusan tugas pengawas, modul spot check yg betul, modul pengurusan perhimpunan sekolah dan modul celik undang undang. Ceramah untuk celik undang undang disampaikan oleh En Mohd Noor selaku ketua guru disiplin sekolah.
Manakala 8 PRS Bestari yg merupakan AJK Pengawas Pusat Sumber membina modul untuk kepimpinan pengawas pusat sumber terdiri dari ice breaking, cara memproses buku, teknik pengucapan awam untuk program Sinar Pagi dan Ulasan Buku, kemahiran penyelesaian masalah . Manakala satu slot untuk guru pengawas pusat sumber memberikan penerangan mengenai integriti pengawas pusat sumber.
Manakala modul PRS dikendalikan 6 PRS Bestari untuk PRS Bongsu, Muda dan Sulung dibentuk dalam group LDK. Dgn ice breaking dan kemahiran komunikasi , konsep kendiri, kemahiran sesi kaunseling maka program ini dilaksanakan.
Akhir sekali ceramah kepimpinan oleh MSU. Well done kpd team PRS Bestari.Ada ganjaran menanti..hihi

Medical checkup..
When consultant say
Reduce your fat and weight...:(

PRS Bestari menjalankan riadah




PRS Bestari mengendalikan LDK




PRS Bestari menjalankan ice breaking

PRS Bestari mengendalikan majlis


Ceramah Kepimpinan oleh Pn Zuraidah pensyarah kanan MSU



24 February 2017

Teknik Urutan Relaksasi Minda Sihat

Teknik Urutan Relaksasi Minda Sihat

Hari Jumaat minggu terakhir untuk bulan Februari adalah slot UBK 30 minit masa pertama untuk peningkatan sahsiah pelajar. Saya memilih slot mengenai urutan relaksasi Minda Sihat yg demonya oleh ahli ahli Pembimbing Rakan Sebaya saya. Hujan turun dengan lebat menyebabkan slot yg sepatutnya dijalankan di tapak perhimpunan dan PA Sistem yg bagus bertukar ke gimnasium yg tidak kondusif untuk aktiviti ini dengan suara saya sendiri tidak begitu nyaring untuk menjerit hahaha terpaksalah minta bantuan anak anak PRS menjerit memberi arahan melawan bunyi hujan yg lebat dan demo berjalan tidak seperti yg dirancang. Hanya 30 peratus audien di hadapan sahaja yg memberi komitmen uhuk uhuk...so kita repeat lagi next time

Jumaat yg penuh berkat
Semoga doaku dimakbulkan
Turunnya hujan yg rahmat
Semoga impianku kesampaian







23 February 2017

Mesyuarat AJK Majlis Guru Kaunseling KL

Mesyuarat AJK Majlis Guru Kaunseling KL


Hari ini ke Mesyuarat Guru Guru Kaunseling WPKL di Unit Sukan JPWPKL. Slot penting mengenai penganjuran mesy hari ni ialah bengkel penghakiman kerjaya yang sudah lama tidak diadakan di peringkat negeri. Antaranya ialah pertandingan rekabentuk kerjaya, pertandingan kuiz kerjaya, pertandingan pembentangan kerjaya berdasarkan powerpoint dan pertandingan explorace kerjaya. 

Group AJK MGK Pudu diberi tugasan memurnikan syarat pertandingan rekabentuk grafik kerjaya.

Buku Amalan Terbaik Kaunseling Kebangsaan tahun 2015 telah diterbitkan dan hasil penulisan buku dokumentasi pertandingan yg saya sertai tahun 2015 iaitu Zoom In Meningkatkan Kehadiran Murid Ke Sekolah ada dalam buku tersebut. 

Mesyuarat diteruskan pada pukul 11.00 pagi dgn kehadiran AJK Tertinggi KLCA( Kuala Lumpur Counselling Association)  iaitu Cik Rosnah Abdullah selaku Presiden KLCA dan Setiausaha Kehormat iaitu Pn Noorlia dan saya selaku Naib Pengerusi 2 KLCA untuk berbincang dgn AJK MGKKL mengenai Seminar Profesionalisme Guru Kaunseling WPKL yg dijangka pada penghujung Mac nanti. Unit kaunseling sekolah saya diberikan tugasan  untuk membentangkan amalan terbaik PRS dan pengurusan kaunseling terbaik. MGK Pudu terlibat sbg AJK Penceramah. 

Akhir sekali, sebelum bersurai kami membuat kejutan kpd Cik Rosnah sempena hari jadi beliau semalam. 


Happy belated birthday 
Kak Ros 22.2.2017

22 February 2017

Ujian Urin Di Sekolah

Ujian Urin Di Sekolah

Cerita hari Isnin lepas di mana UBK busy handle 3 program in one day. Ujian urin di sekolah diadakan pada hari Isnin juga. Rombongan AADK hadir dan seperti biasa pihak sekolah memanggil murid murid ini secara rawak untuk diuji urin mereka.



Kokurikulum batal
Krisis air takda..

 

Telegram Channel