17 February 2017

Bengkel Saya Pelajar Super Holistik


                                                      

Program anjuran KSIB bersama UBK untuk murid tingkatan 1. Terima kasih kepada team Lahaniz bersama teamnya tutor Rin dan ramai tutor dan fasi lagi yg dibawa oleh Pn Lahaniz. Program ini telah dirancang UBK untuk takwim 2017 bagi sesi slot  menengah rendah ting 1. Jika bukan kerana Pn  Lahaniz ni merupakan AJK PIBG memang kena bayaran untuk slot bengkel begini. Namun program kerjasama pintar ni tanpa bayaran kerana kesudian Pn Lahaniz sendiri menganjurkan program ini untuk pihak sekolah. Seorang yg profesional dan merupakan tutor untuk kelas bimbingan holistik dan smart study learning. Sasaran ialah murid ting 1 sesi pagi dan petang. Kami mempunyai 3 kelas ting 1 di sesi pagi dan 7 kelas di sesi petang.
Modul yg menarik minat murid untuk meransang mereka berfikir dan memberi maklumbalas. Semoga murid dapat menyesuaikan diri dgn persekitaran sekolah menengah dan dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar di persekitaran baru.

 Slot motivasi 'saya pelajar super holistik' dibahagikan kpd seksyen energizer, mengenal potensi diri, membina azam, teknik mengingat dalam slot 2 jam 30 minit. Modul yg sesuai untuk menengah rendah. Terima kasih kpd pasukan LahaZone team dan guru guru kaunseling yg berminat untuk mendapatkan khidmat mereka boleh mesej saya tanya nombor telefon mereka untuk dihubungi.


Control your emotion
Keep calm...deep breath

























Teknik Mengingat


Terima kasih Pn Lahaniz

Modul yang digunakan


 

Telegram Channel