Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

1 February 2017

Gathering PRS SPM 2016

Selamat Hari Wilayah warga KL semua:)
Mood bercuti sempena Tahun Baru Cina diteruskan untuk sehari lagi. Hari ni UBK menganjurkan projek jalan jalan cari makan bersama team alumni PRS Batch SPM 2016. Sebenarnya setiap tahun menjadi tradisi UBK mengadakan jamuan perpisahan atau projek makan angin untuk PRS yg akan meninggalkan sekolah sebagai satu dari kenangan untuk meraikan mereka yg byk berjasa kepada UBK. Umpama pengawas yg menjadi tulang belakang Unit Disiplin sekolah manakala PRS Pembimbing Rakan Sebaya merupakan tulang belakang UBK.
Memandangkan tahun lepas, kami begitu sibuk hingga projek makan makan tertunda beberapa kali untuk mencari keserasian masa dan tempat hingga tertangguh ke tahun 2017 untuk diraikan huhuhu...alhamdulillah akhirnya dapat juga kami merealisasikan program ini hari ini juga. Terima kasih bagi yg telah bekerja part time tu berkorban datang walau hangus triple pay mereka hari ni ahaks..:)
Batch PRS Form 5 tahun lepas hanya ada 14 PRS sahaja dan hanya 4 perempuan dan 10 lelaki yg aktif dan sedia memberikan komitmen bila diperlukan. Bertempat di Seoul Garden di IOI Mall Puterajaya,  kami dapat berkumpul seawal pukul 11.30 pagi menikmati makanan dan of course bergambar sakan hingga pukul 1.30 tengah hari. Dapat berbual sakan dan catch up perkembangan terkini murid murid ini merupakan satu aktiviti bonding bersama sebagai sebuah unit keluarga UBK bersama team rakan sekerja. Cuma terkilan sedikit Rozi tiada bersama dan tidak cukup korum geng guru kaunseling krn dia baru bergerak dari Kelantan ke KL..Tapi takpe kami dah menyakatnya dgn gambar gambar makanan jadi dia boleh menikmati gambar gambar makanan tersebut huhuhuhuhuhuhu...

#HLP..grab it?








No comments: