Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

8 February 2017

Lo Hei : RIMUP Tahun Baru Cina Peringkat Sekolah

             

                     
                     
Hari ini kami mengadakan majlis RIMUP Tahun Baru Cina untuk warga sekolah. Projek anjuran Unit Bimbingan Kaunseling untuk merapatkan hubungan antara kepelbagaian kaum di sekolah ini dengan saya as a mastermind selaku penyelaras program.
Boleh rujuk kertas kerja ini pada link dibawah

Program dimulakan dengan menjemput Cikgu Chan Yoong Keong yg sangat ekspresif orangnya untuk menerangkan mengenai yee sang yg disediakan untuk pengetahuan warga sekolah yg pelbagai kaum. Cikgu Chan memperkenalkan istilah lo hei yg bermaksud tossing up good fortune ..kemakmuran.





 Setelah itu guru pelbagai bangsa dijemput untuk mengaulkan yee sang tersebut dengan kata kata yg baik baik dgn diiringi lagu gong xi fa chai.













 Kemudian guru menikmati pot luck waktu rehat dengan meriah dgn tema baju merah yg mendapat sambutan majoriti guru. Kerjasama guru yg baik dgn pelbagai juadah yg dihidangkan dan saya sangat kenyang menikmati makanan ahaks..byk betul mkn hari ni..dan byk betul yg saya makan hari ni.









Program RIMUP murid diadakan pada pukul 10.30 hingga 12.00 tgh hari bagi sesi murid sesi petang dan bagi murid sesi pagi pula pada pukul 1.30 hingga 3.00 petang. Murid menerima air kotak dan roti secara percuma tajaan koperasi sekolah . Terima kasih koperasi :)


dan berada di dewan untuk pelbagai persembahan kebudayaan iaitu silat, persembahan nyanyian lagu bahasa Cina, permainan yoyo,  persembahan muzik dan persembahan santai di atas pentas. Terima kasih kpd PRS yg menjadi juruacara yg sporting dan menghiburkan. Saya rasa seperti tokey fun fair menguruskan program di dewan hari ni hahahaha.
Semoga program ini mencapai objektif yg dirancangkan.




















Family gathering
Mak's cook is always heaven





No comments: