23 February 2017

Mesyuarat AJK Majlis Guru Kaunseling KL


Hari ini ke Mesyuarat Guru Guru Kaunseling WPKL di Unit Sukan JPWPKL. Slot penting mengenai penganjuran mesy hari ni ialah bengkel penghakiman kerjaya yang sudah lama tidak diadakan di peringkat negeri. Antaranya ialah pertandingan rekabentuk kerjaya, pertandingan kuiz kerjaya, pertandingan pembentangan kerjaya berdasarkan powerpoint dan pertandingan explorace kerjaya. 

Group AJK MGK Pudu diberi tugasan memurnikan syarat pertandingan rekabentuk grafik kerjaya.

Buku Amalan Terbaik Kaunseling Kebangsaan tahun 2015 telah diterbitkan dan hasil penulisan buku dokumentasi pertandingan yg saya sertai tahun 2015 iaitu Zoom In Meningkatkan Kehadiran Murid Ke Sekolah ada dalam buku tersebut. 

Mesyuarat diteruskan pada pukul 11.00 pagi dgn kehadiran AJK Tertinggi KLCA( Kuala Lumpur Counselling Association)  iaitu Cik Rosnah Abdullah selaku Presiden KLCA dan Setiausaha Kehormat iaitu Pn Noorlia dan saya selaku Naib Pengerusi 2 KLCA untuk berbincang dgn AJK MGKKL mengenai Seminar Profesionalisme Guru Kaunseling WPKL yg dijangka pada penghujung Mac nanti. Unit kaunseling sekolah saya diberikan tugasan  untuk membentangkan amalan terbaik PRS dan pengurusan kaunseling terbaik. MGK Pudu terlibat sbg AJK Penceramah. 

Akhir sekali, sebelum bersurai kami membuat kejutan kpd Cik Rosnah sempena hari jadi beliau semalam. 


Happy belated birthday 
Kak Ros 22.2.2017
 

Telegram Channel