Total Pageviews

28 February 2017

Set DASS-Gaya Daya Tindak-Soal Selidik Masalah



Hari ini kami mengadakan saringan Minda Sihat 1 kepada semua murid ting 4. Tahun ini Padali memperkenalkan e- psikometrik iaitu dgn klik psikometrik sahaja dan terus ke ujian minda sihat maka murid perlu menjawab 3 pakej set soal selidik iaitu saringan DASS untuk mengenalpasti tahap stress, anxiety atau depress dan Gaya Daya Tindak bagi mengenalpasti cara murid coping dgn masalah dan Soal Selidik Permasalahan Pelajar di mana kami dapat mengenalpasti masalah utama murid mengikut kategori masalah iaitu masalah diri sendiri, rakan, guru dan keluarga. Dengan ini intervensi dapat dijalankan melalui kaunseling kelompok kategori masalah. Sesi kaunseling individu juga dijalankan dgn merujuk satu helai result skor ini. Skor akan dihantar ke email murid dalam bentuk satu muka surat yg menyatakan skor untuk 3 soal selidik itu tadi dgn rujukan tafsiran skor dinyatakan. 

Menariknya pakej sistem ini ialah murid dapat menjawab 15 minit hingga 25 minit sahaja ketiga tiga soal selidik ini dan menerima.skor. Maka intervensi boleh terus dijalankan. Skor ini juga akan automatik masuk dalam format data Ujian DASS dan Gaya Daya Tindak seperti format penghantaran data KPM. Mulai tahun lepas, soal selidik permasalahan murid juga perlu dikenalpasti. 

Artikel jurnal ?
Dare to grab








2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Puan, boleh saya dapatkan contact number puan untuk sesi interview?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Tahniah. Belum sempat saya reply, anda telah dapat menghubungi saya :)