Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

7 February 2017

Taklimat Asasi Pertanian UPM


7 Feb 2017, saya membawa rombongan murid kelas 5 Alpha iaitu kelas pure Sains untuk elektif Biologi dan 12 murid 5 Beta dari aliran Lukisan Kejuruteraan untuk taklimat dan pendedahan mengenai ASPER.Towards Industry 4.0. Taklimat mengenai kursus kursus berkaitan sains teknologi untuk diterokai oleh murid bagi membangunkan negara ke arah negara berindustri 

Murid mendengar taklimat mengenai program asasi pertanian untuk murid lepasan SPM. Mendapat 5 kepujian gred C termasuk BM dan lulus Sejarah untuk melayakkan diri memohon asasi pertanian. Hanya namanya sahaja yg diletakkan asasi pertanian, tetapi pelajar asasi pertanian boleh melanjutan pelajaran ke bidang kedoktoran hinggalah ke kursus yg tidak berkaitan dengan sains teknologi. Digelar Asasi Pertanian krn ada subjek wajib pertanian yg perlu dipelajari. Hanya murid yg memgambil subjek Biologi sewaktu SPM yg layak memohon dan memasuki asasi pertanian. Syarat khas program sekurang kurangnya gred B dlm Biologi, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik serta gred C+ untuk Bahasa Inggeris peringkat SPM. 

Orait satu fakta lagi, jika murid ini masuk melalui Asasi Pertanian untuk ke peringkat ijazah bagi kursus kursus profesional seperti kejuruteraan atau perubatan, pelajar lepasan Asasi Pertanian UPM memerlukan 3.75 untuk melayakkan diri manakala dari matrikulasi atau.Asasi UM dan UiTM perlu melayakkan diri dgn 3.85 CGPA. Calon pemohon ijazah juga diingatkan agar tidak memilih kursus popular jika CGPA matriks/asasi/diploma di bawah 3.0.  Oh ye pelajar Asasi Pertanian memohon ijazah UPM, tidak dikira markah kokurikulum sewaktu di Asasi Pertanian seperti mana murid lepasan STPM dan matrikulasi yang melalui UPU krn merit kokurikulum masih 10 peratus..

Disini juga terdapat pelbagai pameran berkaitan fakukti sains dan teknologi yg boleh dilawati murid untuk bertanya dengan lebih lanjut mengenai kursus yg ditawarkan. 

#Throwback UPM 1994 - 1995




















No comments: