15 March 2017

Bengkel Profesionalisme Guru Cemerlang WPKL


Perjumpaan guru cemerlang WPKL utk tahun 2017 buat kali pertama pada 28 Februari 2017 . Dan dijalankan di Auditorium JPWPKL. Antara agenda utama ialah memperkenalkan penyelia yg baru untuk guru cemerlang iaitu Pn Rosiah Bt Nawi selaku penolong pengarah kanan di sektor akademik JPWPKL yg akan bertanggungjawab dalam agenda program Majlis Guru Cemerlang WPKL.

Diikuti perkongsian ilmu KSSM/KSSR (S)/ KSPK (S) iaitu Pn Siti Zurina Bt Mohd Salleh, selaku penolong pengarah kanan sains di sektor akademik JPWPKL.

Perkongsian ilmu oleh Pn Lee Saw Im selaku pengerusi majlis guru cemerlang mengenai profesionalisme guru cemerlang

Perkongsian oleh Pn Eliza Bt Mohd Salleh mengenai inisiatif perkukuhan STEM 2017 selaku penolong pengarah kanan sains juga di sektor akademik JPWPKL dan akhir sekali perancangan Majlis Guru Cemerlang WPKL mengenai guru cemerlang olen Pn Rosiah Nawi selaku penyelia majlis guru cemerlang KL.

Antara aktiviti utama penggal pertama ialah
Bengkel Pembinaan Item KBAT siri 1 dan siri 2
serta Karnival Hari Guru pada 23 hingga 26 Mei di Kompleks Karangkraf Kuala Lumpur.












#Countdown SPM to my dear student..
 

Telegram Channel