Total Pageviews

24 April 2017

Kertas Kerja LADAP Eksplorasi Kasih Ke Langkawi

Tinggal 4 hari sahaja lagi LADAP Guru ke 3 akan dijalankan. Kali ni team LDP memilih pulau langkawi. Oh ye seperti biasa sbg AJK Biro Profesionalisme saya akan membuat kertas kerja 😀. Saya share di sini.



KERTAS KERJA
EKSPLORASI KASIH DI LANGKAWI
SMK CHERAS

1.0           Pengenalan

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan merupakan kursus latihan perkhidmatan berasaskan sekolah yang dianjurkan oleh Urusetia Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) peringkat sekolah bagi melengkapkan kursus latihan staf sekolah sebanyak sekurang-kurangnya 7 hari seminggu. Untuk slot LADAP  bagi tahun 2017, pihak sekolah menganjurkan program di mana modul untuk kemahiran interpersonal dan intrapersonal eksplorasi kasih telah dibina. Melalui pengisian slot ini, warga guru dapat dicungkil sifat sifat positif yang disenangi rakan –rakan dalam menjalankan tugas di sekolah. Guru mempelajari bagaimana untuk menangani masalah stress dalam kalangan mereka melalui pengetahuan dan teknik yang betul dalam urutan stres sesama guru. Selain itu aktiviti dalam pasukan dijalankan walaupun dalam keadaan santai memupuk sosialisasi intrapersonal antara guru dan menyemai sikap kasih terhadap alam sekitar dan sejarah negara. Semoga program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan dalam mencapai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang mana enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,etika dan kerohanian dan  identiti nasional dapat dicapai jika sumber utama iaitu guru mempunyai kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang berkesan serta emosi rohani yang sihat untuk menyampaikan aspirasi tersebut sebagai agen utama dalam mencapai PPPM.


2.0           Objektif

1)    Agar para guru  dapat  menjalankan aktiviti  kerja berpasukan untuk membina semangat pasukan
2)    Agar para guru  dapat membina konsep kendiri positif melalui eksplorasi kasih penghargaan sesama guru.
3)    Agar dapat menjalankan aktiviti eksplorasi kasih terhadap alam sekitar dan pemuliharaan alam sekitar
4)    Agar dapat menyemai sikap kasih terhadap sejarah negara dan semangat cintakan negara


3.0           Tarikh
28 April – 1 Mei 2017


4.0           Tempat
Langkawi, Kedah

5.0           Ahli Jawatankuasa

Pengerusi                 :       Puan Hajah Kamariah Bt Abu           
Setiausaha              :          Cik Noraini Bt Jamaluddin
Bendahari               :          Cik Wong Mun Yee                


BIDANG TUGAS PROGRAM
AJK  Pendaftaran & Buku Program

·       Menyediakan Borang Pendaftaran dan memastikan senarai nama yang pergi dilengkapkan dengan terperinci
·       Menyediakan buku program



Pn Noraida Bt Mohamad @Abdullah
 Cik Hamizah Bt Md Aris

AJK Penginapan

·       Membantu pengurusan penginapan peserta
·       Membuat Pengagihan Penginapan Peserta
·       Memastikan Peserta Mengambil Kunci



En Mohd Azrin

Puan Kavitha A/P Chelliah




AJK Tajaan dan Lawatan Penandaaras

·       Menyediakan kertas kerja
·       Mendapatkan tajaan melalui surat tajaan
·       Menyediakan surat menyurat lawatan penandaaras
·        


Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Puan Rozinani Bt Awang

AJK Kutipan Yuran
·       Mengumpulkan Yuran Dari Guru
·       Menguruskan perbelanjaan sepanjang program


Cik Wong Mun Yee
Puan Zahirah Bt Abdul Halim

AJK Urusetia Dan Kebajikan

·       Membantu Urusan Peserta Sepanjang Program Dari Aspek Kebajikan Dan Masalah Lain Yang Timbul.


Puan Norliza Bt Rafie
Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh


AJK Pengangkutan
·       Membantu penyelaras mengenalpasti pengangkutan
·       Menguruskan pengangkutan peserta di Langkawi
·       Memastikan peserta cukup sewaktu pergerakan pengangkutan



En Mohd Nidzam
En Bala Segar A/L M. Muniandy

AJK Sijil Dan Cenderamata

·          Menyediakan Sijil Penyertaan peserta Dan Sijil Penghargaan sekolah penandaaras
·          Menyediakan Cenderamata Atau Hadiah Untuk Sekolah Penandaaras


Pn Laili Azuwa Bt Tamrin

Puan Haliza Bt Halid

AJK Penilaian & Dokumentasi

·       Menyediakan Dokumentasi Selepas Program
·       Menyediakan Borang Penilaian Program mengikut spsk
·       Menyediakan borang post mortem untuk AJK


Puan Raudzah Bt Ab Rahman
Puan Murniyati Bt Masari


AJK Jurugambar

·       Mengambil gambar sepanjang program
·       Menyimpan gambar dalam CD
·       Menyerahkan gambar kepada AJK Dokumentasi

Cik Jamaliah Azmirakarimah Bt Mohd Ali





                   
                       

6.0     TENTATIF PROGRAM
28 April 2017 (Jumaat)
3.00 petang  : Bertolak ke Langkawi dari KLIA
5.00 petang  : Tiba di Langkawi

7.00 malam   : Makan malam
8.30 malam   : Slot Eksplorasi Kasih Guru
                    : Sesi ice breaking/ Sentuhan Ajaib/ Takhtaku Sayang
                    : Aktiviti Minda Sihat
10.30 malam : Bersurai


29 April 2017

7.00 pagi      : Sarapan pagi
8.00 pagi      : Aktiviti Berpasukan  : Mengelilingi Pulau ke Tasik Dayang Bunting dan
                      Pulau Beras Basah
1.00 t/hari     : Makan tengah hari
2.00 petang  : Lawatan ke Dataran Lang dan Taman Lagenda
5.00 petang  : Balik ke hotel
7.00 malam  : Makan malam

30 April 2017
7.00 pagi      : Sarapan pagi
8.00 pagi      : Bertolak ke sungai KILIM/mangrove tour dari hotel
11.30 pagi     : Ke Galeria Perdana
12.30 t/h       : Makan tengah hari
2.00 petang   : Aktiviti di pusat bandar/ Muzium 3D/ Kereta kabel/ Kuah
5.00 petang  : Balik ke hotel

1 Mei 2017
7.00 pagi      : Sarapan pagi
9.00 pagi      : Check out
9.30 pagi        : Pantai Pasir Hitam, Kilang Gamat
12.00 t/h       : Menunggu di lapangan terbang Langkawi
3.30 petang   : Bertolak ke Kuala Lumpur
5.00 petang  : Dijangka tiba di KLIA

7.0     ANGGARAN BELANJAWAN
Sumber Kewangan
Yuran                               :         RM 600 x 60 orang                                RM 36,000
Koperasi                 :                                                                     RM  1,000
PIBG                      :                                       RM 1,000


Jumlah                                                                               RM 38,000


Perbelanjaan:
Pakej  program       :         RM 600 x 60 orang                      RM 36,000
(kapal terbang/ hotel/aktiviti)
Bas di Langkawi      :                                                           RM  2,000

Jumlah                                                                               RM 38,000


8.0     PENUTUP
Diharapkan agar program ini mencapai objektif yang diharapkan terhadap para peserta dan  mengeratkan silaturahim dalam kalangan rakan sekerja dan bekerjasama sebagai satu pasukan dalam berdepan dengan pelbagai isu di sekolah. Selain itu menyemai sikap kasih terhadap pemuliharaan alam sekitar dan sejarah negara.

Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,


(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Kamariah Bt Abu)
AJK Biro Profesional                                                            Pengetua

Salam Isra' Miraj
#public holiday pertabalan Agong

No comments: