Total Pageviews

10 April 2017

Modul REST untuk Terapi Seni Ekspresif


Slot yang dikendalikan oleh Dr Rafidah Kastawi yang dijemput khas untuk slot Ekspresif  Seni Terapi. Slot yang dijalankan pada hari pertama Seminar Profesionalisme Guru Bimbingan Dan Kaunseling WPKL  2017 di Bukit Kiara.
Kami diperkenalkan dengan Modul REST ialah modul ekspresif terapi menggunakan tanah liat, melukis, mewarna, membina kolaj. Menggunakan model kaunseling Khan untuk 3 tahap iaitu tahap permulaan, tahap penerokaan dan tahap tindakan. Sesi kaunseling menggunakan teori kaunseling humanistik Rogers dan creative connection dari Natalie Rogers. 

Kelebihan Terapi Tanah Liat
- Menyediakan proses penyembuhan dan transformasi pengalaman yang menyakitkan
- Seseorang boleh meluahkan dan menenangkan perasaan terhadap sesuatu isu 
- Menyediakan persekitaran dan ruang yang selamat untuk melegakan pemikiran dan perasaan yang terpendam, tingkah laku dan taniat yang boleh merosakkan diri

Ekspresif Seni Terapi mengenal pasti corak tingkah laku seseorang, tindakan dalam penyelesaian masalah dan sebagainya. Pengendali terapi ini perlumengenal pasti kelebihan dan kekuatan diri, kreativiti , berilmu dan mempunyai kemahiran dalam psikologi dan kaunseling. Terapi ini bersifat self healing iaitu mengubah pemikiran, mengubah tabiat, pemahaman yang lebih bermakna, pembetulan terhadap jalan hidup dan stay sihat dengan hubungan spiritual dijaga

Ekspresif Art ini merupakan modaliti dari Visual Art seperti melukis, mewarna dan bermain tanah liat, pergerakan muzik, psikodrama, bermain pasir, menulis dan berpuisi.

Kami diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman ini dgn aktiviti yg menyeronokkan. Aktiviti yg boleh digunakan oleh guru kaunseling dalam menjalankan sesi kaunseling. Slot yg dikendalikan oleh Dr Rafidah juga menyegarkan dari awal hingga akhir walau slot dijalankan selepas mkn tengah hari..:) 

Bagi guru bimbingan dan kaunseling yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai modul ini, boleh menghubungi Dr Rafidah Kastawi di facebooknya 


Thanks Rozi as a driver to
Bukit Kiara :)














No comments: