Total Pageviews

4 April 2017

Tips Menghadiri Interview

Program menulis resume dan menghadiri interview dijalankan pada hari ini dengan menjemput pensyarah dari MSU iaitu Pn Zamida Zainal Abidin.
Beliau memberikan tips cara menulis resume dan menekankan mengenai cara menulis resume yg salah ialah
Tiada cover letter
Resume terlalu panjang Resume yg membosankan
Resume tidak proaktif
Tidak ada spesifik penerima resume ditujukan

Pastikan email anda adalah nama rasmi  seperti ahmadali@gmail.con dan bukan nama yg pelik pelik seperti ayufrozen ke..alisuper ke manchiachia ke huhuhu maklumla student skrg.




Tips Menghadiri Interview;

Penceramah menunjukajar gaya interview yg betul kpd murid.

Bagi lelaki
Jgn lipat seluar bwh
Tie paras tali pinggang
Butangkan kot anda..bila duduk sila buka butang di bawah
Songkok elak jika syarikat adalah multinasional
Rambut dirapi kemas
Muka bersih..janggut shave
Baju lengan pjg lagi baik
Jika Pakai kot..baju kemeja kena nampak cafling
Pewangi perlu dipakai
Kasut kulit lagi baik dipakai

Perempuan:
Make up perlu sekadar nipis pun ok
Rambut kalau lepaskan , kena kemas
Tudung jgn byk lilit
Kasut satu inci setengah tinggi bertutup
Perempuan pakai handbeg
Masuk bhn fail dlm beg jgn asyik pegang ke dada
Guna fail plastik lutsinar untuk dokumen
Kerusi yg ada letak tgn, boleh letak tangan tapi jgn nampak kamu rilex sgt.
Kerusi dapat je, duduk terus jgn selak baju
Dan elak raba raba kain byk kali
Jgn duduk cara pengantin
Susun kaki ke kiri sikit jgn silang kaki
Kalo interviewer tu hulur tgn..salam  terutama sama jantina
Sila perkenalkan diri anda di hadapan penemuduga dgn yakin.
Jangan main tgn dan kaki,  kecuali ada meja hadapan anda.
Semoga tips yg diberikan diambil notanya untuk kemajuan diri yg akan dtg.






6 am to 7 pm again..



No comments: