23 May 2017

Konvensyen Kaunseling Kebangsaan ke20: PERKAMA

Konvensyen Kaunseling ke 20 anjuran PERKAMA telah diadakan di Institut Latihan Kehakiman di Bangi yg berjarak 15 minit dari rumah saya sahaja. Program yg asalnya diadakan awal Mei telah bertukar tarikh ke 23 hingga 24 Mei 2017. Jika pendaftaran dlm group hanya RM150 seorang berbanding jika mendaftar infividu mencecah RM280 jika anda bukan ahli PERKAMA. 
Tajuk yg menarik hari ini tetapi saya akan kongsikan di entri blog lain kali mengenai tajuk tajuk menarik dan point penting ceramah. 
Di konvensyen ini juga diadakan pameran inovasi hasil pertandingan inovasi yg dipertaruhkan dari pelbagai latar belakang pengamal kaunseling di Malaysia. 
Pameran inovasi yg membuka mata tentang pelbagai produk kaunseling dan modul yg boleh digunakan. Yg menarik lagi pameran ini mempamerkan inovasi dari pakar kaunseling yg bertaraf PHD dan boleh berintetaksi dgn baik dan saling belajar mengenai inovasi masing masing. Saya dan team SMK Cheras mempertaruhkan modul intervensi menangani murid berisiko keciciran sekolah yg ditulis oleh saya. Saya diingatkan agar segera patenkan hasil tulisan dan idea saya sebelum disebarluaskan. Huhuhu hampir 70% isi kandungan modul saya boleh dialses dari blog saya sahaja..maka saya perlu murnikan dgn modul sewaktu sesi kaunseling step by step.
Hari ni birthday partner saya Rozinani dan nampaknya walau kami cukup korum, tapi masih tidak dapat calebrate hari ni dgn komitmen tugas. 
Hari ini dalam sejarah juga apabila PERKSMA melantik 3 org sbg fellow PERKAMA antaranya Dato' Dr Nordin Kadri. 

Passion to be 
excellent will follow..
















 

Telegram Channel