1 May 2017

Trip Eksplorasi Kasih Guru Ke Langkawi




Trip LDP Guru ke Langkawi telah tamat hari ni setelah berkampung 4 hari 3 malam di Langkawi ini. Aktiviti boleh rujuk pada buku program di bawah ini. Selaku AJK Kelab Guru saya membantu setiausaha LDP iaitu Cikgu Noraini Jamaluddin penggerak utama untuk merealisasikan program ini. Selaku AJK Tajaan dan AJK Pengangkutan menguruskan program ini. Seramai 64 org yg terlibat dalam trip ini iaitu 40 guru dan 24 ahli keluarga guru yg join sekali. 

Saya menjenamakan program ini sebagai Eksplorasi Kasih untuk mencapai objektif program ini bukan sekadar nak bersukaria. Kertas kerja sila rujuk link berikut


Objektif utama program berbentuk mengeratkan kasih sayang sesama rakan dan alam sekitar
1) Kasih sesama rakan sekerja dalam aktiviti Slot Eksplorasi Kasih kelolaan team guru kaunseling. Slot penghargaan kendiri untuk individu fokus terhadap ciri positif bagi memotivasikan diri.
2) Kasih terhadap alam sekitar dengan pakej KILIM Geopark mengenai penerokaan gua dan
sungai yg terpelihara berjuta tahun.
3) Kasih terhadap sejarah masa lalu yg membangunkan Langkawi sehingga pesat. 

Jika tamat program ini, ada input yg positif terhadap semakin erat kasih sayang antara rakan sekerja yg sama jantina ek..maka objektif tercapai. 

Jika program ini dapat membuka mata dan hati terhadap kesedaran pemuliharaan geopark , maka objektif tercapai

Jika program ini dapat menyelami sejarah masa lalu Langkawi dan hubungannya dgn kepesatan ekonomi di sini, maka objektif tercapai.
Tidak perlu semua setuju terhadap tiga objektif yg perlu dicapai, memadai satu objektif jika dapat dicapai. 


Selamat Hari Pekerja
Sweet memories in Langkawi


Day 2 : Ke Pulau Beras Basah









Aktiviti mandi di Beras Basah


Ke Tasik Dayang Bunting










Aktiviti floating di Pulau
Dayang Bunting yg mendamaikan





Day 3 ke KILIM Geopark




Pulau Kasut


Ternakan ikan di sangkar





Ke Gua Kelawar





Pemandangan subhanallah







Kera dan anaknya so close dpt tgk








Pergh ramainya org dlm gua ni




 


Jom ke Galeria






Jom makan laksa dan pasembor





Kilang gamat day 4







Pantai pasir hitam day 4

Jom balik..chartered satu flight huhu









Day 4 jom balik KL

Nasi lemak viral ni..


 

Telegram Channel