Total Pageviews

28 May 2017

Ujian Permata Pintar Di Sekolah

Orait dengan entri saya bertajuk ujian permata pintar itu, ia bukan bermakna guru kaunseling wajib sebagai the person in charge untuk menguruskan murid yang ingin menjawab program permata pintar ini. Di sekolah saya, pentadbir menyerahkan urusan promosi kepada UBK untuk menyebarluaskan kepada murid agar mengambil ujian permata pintar ini. Tapi tak tahulah di sekolah lain, di sekolah saya ini jika kita promosi cakap cakap pun murid ini tidak mengambil inisiatif untuk menjawab soalan ujian permata pintar ini. Then nanti apabila pihak JPWPKL mengeluarkan senarai sekolah yang telah key in ujian permata pintar ni, huhu apa agaknya yang anda rasa apabila senarai nama sekolah anda tiada dalam list? Dan anda adalah person in charge untuk menyebarluaskan maklumat mengenai ujian permata pintar ini..:)

Saya kongsikan strategi saya menyusun giliran kelas demi kelas untuk masuk ke bilik komputer dan akses ujian permata pintar ini di hadapan saya agar saya dapat update berapa bilangan murid sekolah ini yang berjaya menjawab ujian permata pintar ini dan mendapat sijil dan berapa orang yang tidak layak mendapat sijil. Sekurang kurangnya strategi ini membolehkan nama sekolah saya bukan berada dalam kalangan sekolah yang tiada langsung murid key in atau terlalu rendah murid yang key in. At least 50 orang miniumum...dengan bilangan 13 buah kelas yang bergilir datang menjawab soalan ujian permata pintar ini saya dah capai target murid yang menjawab soalan ujian permata pintar ini malahan lebih lagi. Dan satu lagi ujian ini diletakkan di tapak VLE Frog dan murid perlu akses melalui VLE Frog untuk meningkatkan juga rating VLE Frog umpama dua perkara yang anda boleh buat untuk satu aktiviti.

Ujian ini nampak sama tetapi berbeza dari segi jawapan maka jika anda meniru huhuhu memang salah jawapan anda kerana soalan kawan di sebelah nampak sama tetapi tidak sebenarnya. Ujian ini bagus untuk menguji kefahaman murid. Orait yang berminat untuk mengujinya pastikan anda adalah murid tingkatan satu hingga tingkatan tiga bagi sekolah menengah. Jika anda tidak berminat untuk menyertai program permata pintar ini pun takpe, sekurang -kurangnya jawablah ujian ini untuk mengetahui tahap keupayaan keintelektualan anda.

PLUS Highway
Trip Subuh yang mengantuknya...:)



No comments: