5 June 2017

Modul Pengendalian Murid Yang Merokok

Salam Ramadhan ke 10 dan seminggu lagi akan berakhir cuti sekolah penggal pertama. sekolah di bulan Ramadhan tahun ini hanya 8 hari sahaja dan saya sedang menyelak modul modul yang boleh digunakan oleh UBK untuk mengatur program sempena Ramdhan iaitu Nafas Baru Bermula Ramadhan. Kenapa bulan Ramadhan ? Kerana sewaktu berpuasa kita tidak boleh merokok ,maka perokok akan menahan diri dari merokok sewaktu berpuasa di bulan ini. Jika  perokok berjaya menahan diri untuk tidak merokok sepanjang Ramadhan di siang hari, maka latihan ini baik untuk membantu mereka mengurangkan bilangan rokok yang mereka ketagih dan perlahan -lahan jika disiplin diri yang tinggi dan mind setting yang betul murid boleh dibimbing hingga tidak merokok atau menjadi perokok ringan dari perokok tegar.

Sila klik di sini modul yang dibangunkan dengan silibus Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok yang dikenali dengan KOTAK hasil intervensi oleh guru kaunseling dan doktor perubatan untuk membantu murid.

                                  Sila klik - Modul Menangani Murid Merokok Oleh Guru Kaunseling





Perlu diingatkan jika seseorang mengatakan dia telah berhenti merokok ini bermaksud dia.belum berhenti lagi. Sekiranya selepas 12 jam rokok yg terakhir hingga 4 minggu seseorang berjaya tidak merokok barulah kita mengatakan dia bebas merokok dan cuba bantu untuk mengekalkan status tidak merokok.

Guru kaunseling menggunakan kaedah berhenti merokok tanpa ubatan iaitu pendekatan terapi tingkah laku dan kerohanian. namun jika murid itu bermasalah juga dengan pendekatan tanpa ubatan maka dia boleh dirujuk di Klinik Berhenti Merokok di Klinik Kesihatan untuk rawatan farmakologi dengan persetujuan ibu bapa.














Illness to wellness
Just shift your i to we
 

Telegram Channel