31 July 2017

Rakaman Video Sesi Kaunseling Kelompok

Rakaman Video Sesi Kaunseling Kelompok





Mendapat permohonan dari IPG Ilmu Khas untuk rakaman video sesi kaunseling kelompok murid sekolah untuk tujuan pembelajaran guru pelatih IPG. Video yg berdurasi 20 hingga 30 minit diperlukan sbg membimbing guru pelatih yg bertindak selaku pembimbing pelajar untuk aktiviti kokurikulum mereka. Semoga video yg bakal dihasilkan nanti dapat memberikan gambaran yg jelas tentang teknik teknik asas dalam sesi kaunseling kelompok dijalankan. Temujanji dibuat dari minggu lepas lagi.
Kebetulan hari ini adalah hari perjumpaan sesi kelompok kumpulan 1  PRS Sulung maka rakaman video untuk kumpulan ini dijalankan. Hari ini juga adalah hari lari sana..lari sini saya dari pagi. Menguruskan peserta murid Juara ke seminar SPM luar sekolah berulang alik , balik ke sekolah perlantikan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan AJK koperasi, temujanji dengan pasukan penyelidik UIA, menguruskan guru pengiring selaku fasilitator Seminar SPM Yayasan WPKL dari Selasa ke Khamis untuk seminar SPM memandangkan saya dari esok hingga Khamis berbengkel di Puterajaya..huhu kemuncaknya apabila saya menelefon En Lokman iaitu person in charge untuk rakaman IPG ni untuk bertanya pengesahan rakaman kerana  mcm tak larat je nak teruskan rakaman pada pkl 2 ptg nanti. Namun apabila En Lukman kata confirm...adeh tak sampai hati menolak atau menunda.
Tak sure adakah muka kepenatan saya terpancar...tetapi yg pastinya apabila menjalankan sesi kaunseling ini saya rasa bertenaga hilang rasa letih..huhuhuhu. Kami memilih tajuk mengenai masalah pembelajaran berdasarkan markah peperiksaan pertengahan tahun yg lalu. Sesi berjalan lancar dan sesi bergambar dan penyerahan cenderamata pula dijalankan. En Lukman berjanji akan menyerahkan satu salinan CD rakaman. Dah siap nanti bolehla saya share di blog ni ye :)
#TV Hotel, Bangsar South
   Jln jln cari majlis hi tea



29 July 2017

Pertandingan Video Kreatif Karnival Kaunseling Kerjaya WPKL

Pertandingan Video Kreatif Karnival Kaunseling Kerjaya WPKL






Pertandingan video kreatif yg dijalankan di Kolej Ting 6 Desa Mahkota sempena Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya WPKL yg mana SMK Cheras menghantar 3 kategori pertandingan iaitu penjelajahan kerjaya yg dijalankan semalam, hari ni video kreatif dan career hunter yg mewakili Zon Pudu ke peringkat WPKL.  Saya share disini link video kreatif murid PRS yg telah ditayangkan. Walaupun tidak mendapat top 3 dalam pertandingan di peringkat negeri, tetapi semangat, kreativiti dari mula team ni bergerak hingga video dihasilkan amat membanggakan saya. Mereka pandai dan kreatif bergerak sendiri dan idea mereka sehingga terhasil video ini adalah sesuatu yg dapat memberikan inspirasi kpd junior PRS yg lain. 
Buat Anaqi, Aliff, Afiq dan Aiman..tahniah ! 

Semoga menjadi ikon bagaimana teamwork dan kreativiti dihasilkan kpd junior PRS anda😀


#MRT Kajang-Pasar Seni 
For fun..enjoy kids 😀




























28 July 2017

Happy Birthday Cherasian: Jun , July

Happy Birthday Cherasian: Jun , July




Happy birthday Cikgu Hazmer

Happy Birthday Cikgu Azrin

Happy Birthday Cikgu Umizam

Happy Birthday Cikgu Umi Salbiah


Selamat hari jadi kpd warga Cherasian yg menyambut hari jadi pada bulan Jun dan July. Saya kongsikan antara gambar gambar hari jadi warga Cherasian pada bulan tersebut. Jika mengikut dasar guru penyayang, murid diraikan hari jadinya dan diingati oleh guru..maka saya ingin membudayakan SALING MENYAYANGI . Jika murid menerima cupcake dari guru kelas atau guru subjek, Guru juga akan merasa dihargai jika diingati tarikh lahirnya sama ada warga kerja atau muridnya. Di sekolah ini, birthday guru akan diingati dgn menyampaikan cupcake dan hadiah oleh PRS sama ada pengerusi atau naib pengerusi PRS. Manakala birthday staf pejabat dan makmal pula menerima cup cake dan hadiah dari puan pengetua atau pengerusi Kelab Guru. 


#Happy birthday for yesterday
My beloved father..
Che Mat B Jafri















Happy Birthday Cikgu Sharihan

Happy Birthday AIZAT

HAPPY BIRTHDAY IJA

happy birthday puan tipah

Happy birthday puan norhaizad









 

Telegram Channel