16 July 2017

Farewell Kak Sharin

Gambar diambil pada 8 July 2017 yg lepas..tarikh terahir Pn Sharin bertugas di sini. Antara perkara yg membuatkan bonding saya rapat dgn Cikgu Sharin ini ialah dia setiausaha program peningkatan akademik sejak tahun lepas dan saya adalah penyelaras program Juara. Jadi saya suka memohon pandangannya tentang menguruskan murid Juara di sekolah.
Saya dan Pn Sharin juga adalah AJK Kelab Guru dari tahun lepas dan kami bersama diletakkan di bawah satu Biro Profesionalisme dan bersama sama menguruskan aktiviti yg melibatkan profesionalisme guru guru di sekolah.
Sudah tentu yg paling saya terkesan ialah kami berdua juga merupakan guru cemerlang sekolah dan mengikuti aktiviti yg berkaitan dgn Majlis Guru Cemerlang WPKL dan aktiviti penubuhan Kumpulan Inovatif Kreatif pada tahun lepas benar benar merapatkan kami. Mesyuarat ke sana sini dan menjalankan projek e-klien untuk pembentangan kumpulan KIK guru cemerlang JPWPKL.
Dan tahun ini kami bersama 5 lagi ahli pasukan sedang menyertai pertandingan KIK peringkat kebangsaan. Sudah tentu kami terasa kehilangannya..yg paling senior dalam pasukan kami dan paling kaya dengan pengalaman.
Tahniah Kak Sharin PK Kokurikulum SMK Seri Mutiara. Semoga kita bekerjasama lagi dan semoga pasukan kita layak ke final.


Bertambah positif
 jika berkawan dgn si positif
Sebarkan aura positif
Jika berkawan dgn si negatif












 

Telegram Channel