Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

18 July 2017

Penjelajahan Kerjaya Doktor Veterinar Swasta


Bersama doktor veterinar

Hari ini saya membawa 4 murid saya menjelajah kerjaya doktor veterinar swasta, jika sebelum ini saya membawa mereka ke hospital veterinar kerajaan untuk melihat kerjaya veterinar di sektor kerajaan tetapi kali ini di sektor swasta pula. Kami berpeluang ke Bandar Sri Permaisuri untuk meninjau klinik haiwan yang dimiliki oleh doktor Melayu. Klinik ini dibuka pada pukul 11.00 pagi dan ditutup hari Rabu. 

kami disambut oleh pembantu doktor veterinar yang agak muda yang memberikan penerangan mengenai pendaftaran haiwan. Doktor tidak memekai uniform doktor seperti doktor veterinar di sektor kerajaan. mereka lebih santai tetapi profesional dan sangat mesra dengan haiwan sewaktu mengendalikan haiwan -haiwan yang dirawat. Oh ye di sektor swasta, doktor boleh memilih haiwan tertentu untuk dirawat seperti di klinik ini, doktor hanya mengambil kucing sahaja manakala di sektor kerajaan , perlu terlibat dengan pelbagai jenis haiwan yang dibawa untuk rawatan. 

Dari segi gaji, nampaknya doktor swasta ini mengatakan gaji lebih lumayan di sektor swasta terutama jika klinik itu dimiliki sendiri. Dengan tempoh kerja yang lebih singkat, tetapi gajinya lumayan menyebabkan murid saya tersenyum lebar :)

Sambil merawat Cream O anak kucing kami, doktor memberikan kerjasama dengan menjawab segala pertanyaan murid saya dengan penuh kesabaran. Doktor menasihati kami memberikan makanan kibbles dari satu warna sahaja seperti Royal Canin. Apabila ditanya jenama makanan yg kami berikan, kami mengatakan kami memberikan ....., dan doktor menasihati bahawa makanan tersebut boleh menyebabkan kucing mendapat batu karang. Kami juga diberikan kad rawatan berjadual untuk Cream O. 

Yeah Cream O dapat ubat cacing dan ubat kutu. Terima kasih doktor :0

Just watching my Cream 0
Can put a smile ..
yes happy and sincere
Cream O ready untuk jumpa doktor





Doktor bersama pembantunya bertugas

Pembantu doktor veterinar

Nak bagi cacing

Nak bagi ubat cacing...marilah makan

Ubat-ubatan


Bersama doktor veterinar memeriksa kucing





























Kad kesihatan kucing untuk temujanji





No comments: