Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

2 August 2017

Bengkel Pemurnian Modul Murid Berisiko Cicir

Hari kedua kami di KPM dan hari ini bengkel penuh perbincangan dalam kumpulan dari pagi hingga petang. Kami mengagihkan kerja antara kami. Kumpulan sekolah menengah terdiri dari 7 org ahli. Kami membahagikan pembinaan atau pemurnian modul kpd faktor murid berisiko tinggi keciciran sekolah kpd 5 tahap iaitu 
1) Persekitaran seperti keluarga, rakan, sekolah, komuniti,
2)Tingkah Laku
3)Kemampuan dari segi soft skill dan halatuju
4)Nilai
5)Misi/Visi
Di part saya mengenai keluarga dgn talian kasih berkenaan dengan konsultasi ibu bapa, rakan dan soft skill.

Agak letih minda hari ni, layanan urusetia Bhgm Penyelidikan KPM ini mmg terbaik..asyik bawa makanan je dan bawa baju sejuk dan kain untuk kami yg kesejukan huhu.

Kumpulan sekolah menengah terdiri dari 7 org iaitu Kak Julia ,  Pn See, En Zanusi , saya dan 2 pegawai PPD iaitu En Murad dan En Azhar serta En Pilus dari KPM. 

Pukul 4.30 petang akhirnya 80 peratus modul untuk sekolah menengah dapat disiapkan. 
Sambung esok untuk pembentangan dan pemurnian modul

# Patience with self is confidence









No comments: