27 August 2017

Bimbingan Kelompok PRS Sulung: Ice Breaking


Murid PRS Form 4 dibahagikan kpd 6 kumpulan kecil. Mereka perlu mengatur temujanji sekali dalam masa 2 minggu untuk perjumpaan kelompok PRS Sulung dgn guru kaunseling. Perjumpaan berkaitan dgn masa dan tarikh ditentukan oleh ahli kelompok sendiri dan diperkenankan kelulusan oleh guru kaunseling mengikut kesesuaian masa guru kaunseling pula. 

So ini adalah contoh perjumpaan PRS pada 22 Ogos lepas hari Selasa pukul 3.00 hingga 4.00 ptg dari kelas Al Farabi.Kami menjalankan aktiviti ice breaking dulu. Tetapi memandangkan mereka kenal antara satu sama lain krn sudah bertahun sekelas maka aktiviti yg dijalankan lebih mengenali kekuatan dan kelemahan masing masing. 
Kekuatan saya dari kaca mata saya
Kelemahan saya dari kaca mata saya

Then aktiviti menulis
Kekuatan dan kelemahan saya dari kaca mata kawan kawan dgn meminta kwn kwn menulis di atas kertas yg dilekatkn pada badan ahli kump yg lain. 

Rumusannya:
1) Kita sedar kekuatan kita adalah potensi yg boleh dimaksimumkan apabila rakan rakan laun juga bersetuju mengenainya. 
2) Kadangkala kita fikir satu personaliti kita yg kita sendiri tidak suka..tetapi disenangi kwn kwn ia menunjukkan ia bukan tingkah laku yg menjengkelkan
3) Kadangkala kita tidak sedar ada tingkah laku kita yg menjengkelkan org lain. Dengan rasional yg diberikan mengenai kewajaran atau tidak bersikap demikian, maka tingkah laku tersebut boleh dilatih agar kurang ditunjukkan dan boleh dilatih menanganinya seperti latihan mengawal kemarahan. 

Cookies homemade
Bonding day with sisters 
Klang, Selangor









 

Telegram Channel