9 August 2017

Inspirasi SPM :Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia YaPEIM



Sekolah saya terpilih iaitu SMK Cheras yg merupakan antara sekolah projek Inspirasi SPM Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. Yayasan menaja 40 murid Islam dalam bentuk suratkhabar tutor SPM edisi 26 hingga 30 dan kewangan untuk program akademik. Saya dilantik selaku penyelaras program akademik ini.  Sekolah juga perlu menjalankan aktiviti akademik sebanyak 4 kali dalam sebulan bagi murid tersebut. Antara tarikh yg dipilih ialah Sabtu sebanyak dua kali sebulan dan hari Rabu masa pertama dan hari Rabu masa kokurikukum yg telah tamat perjumpaannya bermula minggu hadapan.
Program ini bermula Julai hingga Oktober dan result 40 murid ini dalam bentuk peperiksaan percubaan SPM dan SPM perlu dilaporkan. YaPEIM juga memberikan sumbangan kewangan untuk menjalankan program.
Hari ini taklimat bersama 40 murid yg terpilih bersama sesi tazkirah pengetua dan saya sendiri berkaitan dgn keputusan peperiksaan pertengahan tahun mereka yg tidak begitu memuaskan. Diharapkan peperiksaan percubaan SPM yg akan berlangsung tidak lama lagi, akan menaikkan motivasi mereka untuk berjuang.


Happy birthday
Muhammad Farietz Sharani :)










 

Telegram Channel