16 August 2017

Pemurnian Bahan Projek Kumpulan Inovatif Kreatif




Selamat petang :)
3 hari berkampung di Bangunan Mustafa Kamal, Cyberjaya untuk menjayakan pemurnian bahan kumpulan inovatif kreatif. Kami berkursus selama ni mempelajari bahan KIK Horizon Baru tetapi hari ini kami diberikan taklimat bahawa penghakiman dalam bentuk KIK yang lama. Huhuhu..so pening pening lalat sikit geng kami nak memahaminya. Sbb kena switch format lain. Tetapi yg bagusnya pula, saya dan Pn Sharin yg pernah menghadiri kursus KIK format lama tahun lepas untuk projek guru cemerlang, dan kami telah pun berjaya membina team KIK kami dan test projek permasalahan untuk perkhidmatan kaunseling abad ke 21 menggunakan format KIK yg lama. Ini bermaksud power point tersebut 60 peratus masih boleh digunakan lagi.
Cuma hari ini kami mendapat borang pemarkahan yg baru untuk pertandingan ini yg lebih detail. Kami menyusun setiap point agar dapat menepati kehendak projek ini. Maklumla KIK tidak seperti amalan terbaik atau pertandingan inovasi. KIK ialah proses menyelesaikan masalah dan bagaimana proses itu berjalan hingga berjaya menyelesaikan masalah maka makin tinggilah markah kita dgn menggunakan tools KIK. Manakala amalan terbaik pula, jika semakin tinggi impaknya maka makin tinggilah markahnya. Manakala inovasi pula jika semakin baik produk tersebut apabila boleh digunakan dan semakin memudahkan maka makin tinggilah skornya. Pengalaman menyertai 3 jenis pertandingan yg berbeza, KIK ini hanya perlukan power point dan eviden tanpa perlu dokumentasi...wah tu yg bagusnya.
Kami go thru satu persatu dan pembahagian tugas masing- masing. Sedar tak sedar baru 3.0 kami go thru selama 5 jam huhu..sambung esok ye. Sy share pemarkahan dan content KIK yg diperlukan untuk pemarkahan.


Pening pening lalat
To describe my day
Sign of hectic mind :(
















 

Telegram Channel