28 September 2017

Bengkel Pembinaan Skrip Kumpulan Inovatif Kreatif

Hari ini check in kat sini pulak untuk bengkel 2 hari 1 malam..sambil menyiapkan dokumentasi Amalan Terbaik Disiplin. Huhu bercapah capah kerja menjelang Oktober nanti.
Memandangkan KIK ni tiada sumber rujukan pun di sekolah mahu pun di Zon, maka BPSK Bhgn Psikologi Kaunseling KPM mengadakan latihan membina skrip dan latihan presentation kpd peserta terlibat. Sebelum itu, kami dibimbing dgn presentation dari kumpulan yg pernah memenangi pertandingan ini tahun lepas.
Persembahan hanya 15 minit sahaja dan kami membina skrip berdasarkan slaid KIK. Cara membina skrip mengikut  slaid pun ada teknik rupanya..untuk mengawal lebih masa dan agar pengendali komputer dapat mengingati slaid yg mana perlu dipaparkan.
Lontaran suara dan intonasi suara juga memainkan peranan.

Physical stress with hectic mind
#lets sing sedetik wajahmu..:)

































 

Telegram Channel